Monday, April 4, 2011

SAKIT KEPALA

Semenjak akhir-akhir ini saya memang terlalu addicted dengan internet. 
Kalau sehari tidak 'online' terasa seolah-olah ketinggalan zaman. 
Sehingga terbayang-bayang apa yang kawan-kawan update di facebook, 
info dari kawan-kawan bloggers dan komen-komen yang terbaru dalam blog. Akhirnya"Sindrom" ini memberi effect kepada saya
 iaitu sakit kepala sampai berhari-hari... 


Jadi, terpaksalah saya kurangkan aktiviti
 makan, minum dan tidur depan komputer ini
 memandangkan mata sudah semakin kabur dan kepala berpinar-pinar.
 Ish! risau jugak sebab saya dah ler rabun dan tahap silau semakin teruk.
 Harap sepanjang rehat daripada mengadap komputer ni
 tahap kesihatan saya kembali normal. 
Terima kasih tak terhingga kepada rakan-rakan yang
 sudi singgah ke blog saya 
dan doakan kesihatan saya yea!

No comments: