sumber : klik sini
BAGAIMANA agaknya komunikasi secara efektif antara ibu bapa dan anak?
Kaedah komunikasi ini ternyata boleh membantu namun apa yang penting, ia perlu difahami dan dipraktikkan secara konsisten.
Kebiasaannya budaya berkomunikasi di rumah mungkin hanya membabitkan
arahan daripada ibu bapa sedangkan si anak hanya mendengar tanpa diberi
peluang meluahkan pandangan sendiri.
Lama-kelamaan, tidak
mustahil ia hanya meningkatkan jurang perhubungan antara ibu bapa dan
anak di rumah. Apapun belum terlambat kerana ia boleh dibendung sejak
awal lagi.
Menurut Penasihat Psikiatri Pusat Perubatan Prince Court, Dr Nor
Hamidah Mohd Salleh, kebanyakan ibu bapa berasa mereka mempunyai
kemahiran berkomunikasi yang bagus dengan anak, tetapi ternyata
kesibukan kerjaya adakalanya membuatkan komunikasi kian berkurangan.
Komunikasi bukan saja mengenai apa yang boleh dan tidak boleh
dibuat oleh anak kerana jika itu yang berlaku, ia boleh dianggap
membesarkan anak secara ‘diktator’.
Malah, jika ibu bapa terlalu
melindungi anak, ia juga boleh mengakibatkan kesan yang tidak baik
terhadap perkembangan keyakinan diri anak.
“Bayangkan dengan
menetapkan setiap perkara yang boleh atau tidak boleh dilakukan anak,
kebolehupayaan kendiri serta perkembangan mental dan fizikal si anak
juga akan tersekat.
“Ibu bapa perlu menetapkan had untuk perkara
terbabit, bukan ‘melaksanakan’ semua perkara hingga mengongkong
kebolehan anak untuk berkembang,” katanya ditemui, baru-baru ini.
Selain itu, kesibukan kerjaya ibu dan ayah juga adakalanya turut memberikan kesan kepada bentuk komunikasi di rumah.
Dr Nor Hamidah berkata, disebabkan faktor ini juga masa anak lebih
banyak terluang bersama pembantu rumah atau di pusat jagaan harian
hinggakan hubungan yang seharusnya erat terjalin antara ahli keluarga
seolah-olah ada jurang pemisah.
“Walaupun ibu bapa berada di
rumah, anak ini lebih gemar menyendiri dan melakukan hal masing-masing
kerana bagi mereka sudah bersua muka pun sudah memadai.
“Untuk
mengelakkan keadaan ini bertambah parah, ibu bapa perlu memainkan
peranan untuk mengeratkan kembali hubungan antara mereka sebelum
terlambat,” katanya.
Menurutnya, tidak kiralah berkomunikasi
dengan sesiapa saja termasuk dengan anak sendiri, ia sememangnya
memerlukan teknik dan cara yang betul.
Hal ini penting agar nasihat serta pesanan ibu bapa itu dapat diterima dengan baik oleh si anak.
Malah, kemahiran berkomunikasi amat penting ketika berhadapan dengan
anak remaja kerana pada peringkat umur ini mereka selalunya lebih
agresif dan mempunyai pendapat sendiri.
Oleh itu, ibu bapa perlu mengenal diri sendiri serta memperbaiki kekurangan yang ada ketika berkomunikasi dengan anak remaja.
“Kebiasaannya masalah dalam berkomunikasi berlaku disebabkan ibu bapa
kurang memahami perasaan si anak. Justeru, tingkatkan kemampuan dan cuba
memahami perasaan anak sebagai lawan dan kawan berbicara.
“Perasaan juga memainkan peranan penting ketika berkomunikasi. Ini
kerana jika kita gembira, ia akan memudahkan sesiapa saja untuk
berbicara atau meluahkan perasaan,” katanya.
Bagi memastikan
hubungan kekeluargaan itu kekal erat sepanjang masa, si ibu perlu
memainkan peranan sebagai ‘duta pengaman’ dan mencari jalan untuk
memupuk dan mengisi kembali kekosongan dalam perhubungan sesama ahli
keluarga.
Ini kerana lebih daripada 90 peratus individu lebih
dekat dengan ibu mereka berbanding si ayah. Gerak hati dan kasih sayang
ditonjolkan ibu lazimnya lebih lembut dan mesra sekali gus memberikan
rasa selamat kepada anak.
“Walaupun tidak dinafikan golongan ibu
kini ramai yang berkerjaya, kesibukan kerja tidak membataskan
perhubungan mereka dengan si anak.
“Mereka perlu membuka ruang
untuk terus memupuk semangat kekeluargaan dan mengeratkan kembali
perhubungan dalam pelbagai situasi,” katanya.
Terdapat
beberapa cara berkomunikasi dengan anak untuk membina bentuk komunikasi
berkesan tanpa mengira peringkat usia anak. Antaranya:
Jadi pendengar yang baik.
Cuba menjadi pendengar yang teliti terutama dalam apa yang ingin
diperkatakan si anak. Ia amat penting kerana si anak akan bercerita
melalui perspektif mereka.
Pada saat ini, ibu bapa perlu
berhenti menilai serta menunjukkan rasa hormat dan minat dalam apa yang
ingin disampaikan dalam perbualan.
Ini juga akan membuatkan si
anak bersedia meluahkan perasaan mereka dan secara tidak langsung
mencambah kepercayaan mereka terhadap ibu bapa.
Tip untuk berkomunikasi dengan anak remaja:
2 comments:
Salam Kenal. Alhamdulillah bertemu blog yang sgt2 membantu. Twvm for sharing
betul tu. komunikasi sangat penting dalam satu2 hubungan tue. baik anak2 dengan parent ataupun adik beradik yg lain. salah dlm komunikasi nie boleh merenggangkan hubungan sesama mereka. ada sesetangah adik beradik atau ibu bapa tue tidak mesra sesama mereka disebabkan masalah komunikasi nie. so, didiklah anak2 sebaiknya bermula dr dalam perut. btw, thank 4 the nice sharing
Post a Comment