Thursday, October 4, 2012

Selamat dibedah

Semalam 3 October 2012, Muhammad Aqil Luqman anak saya yang sulung selamat menjalani pembedahan hernia. Alhamdulillah! segala yang dirancang berjalan dengan lancar. Sebenarnya bulan May lagi kami merancang untuk melakukan pembedahan ini setelah mendapat surat daripada klinik, namun ia sering tertunda disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Beberapa minggu lepas kami bertekad untuk melakukannya memandangkan hernia yang dideritai Aqil semakin membesar. Walaupun ia tidak terlalu sakit seperti kebanyakan kanak-kanak yang lain namun Aqil sering mengadu sakit perut.

Selasa lepas kami membuat temujanji dengan doktor pakar bedah kanak-kanak di hospital Sime Darby Medical Centre, Subang Jaya. Doktor menetapkan tarikh 3 Oktober untuk pembedahan ini. Oleh itu, Aqil terpaksa masuk wad sehari sebelum kerana pembedahan akan dilakukan pada jam 8.00 pagi pada keesokkan harinya. 


 Muka happy lagi sebab tak tahu nak kena operate. Kami memang merahsiakannya bimbang dia akan takut.




Muka sedih apabila ditolak di atas katil menuju ke dewan bedah. 


Alhamdulillah! pembedahan selamat dijalankan dalam 30minit. Aqil masih tertidur selepas pembedahan kesan daripada ubat tidur. 


Tangan berdarah sebab jarum ditangan dicabut sendiri oleh Dr. Aqil.. huhuu! terpaksa la nurse mencuci semua luka.


Ibu doa semoga Allah menyembuhkan segala penyakit anak-anak ibu.. Amin


Wajah ceria menunggu masa untuk pulang ke rumah.



Selepas 6 jam pembedahan Aqil dibenarkan pulang ke rumah. Syukur kepada Allah kerana mempermudah segala urusan. Semoga Allah menyembuhkan luka pembedahan dengan segera. Amin. 


8 comments:

Unknown said...

semoga aqil cepat sembuh dan tidak terlalu aktif.

Unknown said...

terima kasih...

P.A. said...

sy pun dah ada 2 kali pengalaman kena bedah..mmg rasa macam mati hdp semula...tp aqil ni mcm cool je.... btw sy doakan dia cpt sembuh yer...:)

Qhaifa Nur said...

alhamdulillah...pembedahan telah selamat dijalankan..nampak hepi aqil sekarang......

Unknown said...

syukurlh. ank akk mmg seorag yang kuat.

ieja amieja said...

budak lelaki mmg selalu ada hernia kan..semoga aqil cpt sembuh..

umi dan abi umar umairah said...

semoga cepat subuh..
tumpang lalu untuk mengsyorkan produk kesihatan Forever Living untuk kesihatan sekeluarga
jemput ke blog untuk info lanjut
http://penawarsihat.blogspot.com

~azillakhalison~ said...

salam kak..anak saya pon hernia ..baru setahun..nextweek appoimnt dgn pkr kat sdmc..anak akk mmg dari baby ke ade hernia