Friday, December 31, 2010

2010 TINGGAL KENANGAN

Hari ini dah penghujung tahun 2010. Pelbagai peristiwa suka, duka, pahit dan manis telah dilalui dengan hati yang tabah dan bercampur baur...(chewwah!). Seribu kesyukuran dipanjat kepada Allah s.w.t diatas segala nikmat dan rahmat yang telah dianugerah sepanjang 2010.. (nikmat usia, kesihatan, iman, akal fikiran, rezeki, kebahagiaan dan pelbagai lagi.. Wah!)

 Selamat berlayar 2010!

Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah (.. ni ayat karangan masa SPM dolu2..)saya dan Aqil kena demam denggi. Saya masuk wad 3 hari kat Azzahrah, Bangi tapi Aqil nasib baik tak.  Masa tu berat badan turun hampir 5 kg sebab tak boleh nak makan..demam denggi ni seksa sebab ia tak kebah-kebah. Time makan ubat tahan skit pastu demam balik.. (hampir 10 hari jugak la saya duk terlantar di rumah..). Tapi alhamdulillah! ada hikmahnya. Salah satunya kami dah seram duk kat Kajang tu sebab tahun lepas Abah dah kena demam denggi ni..So, apa lagi kami pun terus pindah ke Ampang... itu la al-kesahnya... 



Hari yang dilalui penuh warna-warni!


Kenangan yang manis ialah kami membuat keputusan untuk membeli rumah. Alhamdulillah jumpa lawyer yang sangat BAGUS dan proses pun siap dalam masa yang ditetapkan.. (sape nak no. contact dia saya boleh bagi). Tapi yang kurang manisnya duit kami banyak dah 'terbang' pada tahun ini.. uhuhuh... 


2010 meninggalkanku dengan penuh kesyukuran.. Alhamdulillah!


Sekian saje corat-coret untuk kali ini.. Apa yang baik dan indah semuanya anugerah Allah ke atas kami dan segala yang buruk itu datangnya daripada kecuaian dan kesilapan diri kami. Semoga Allah meredhai perjalanan hidup kami yang pastinya penuh dengan dugaan dan cabaran yang sedang menanti di tahun 2011.. 
Amin!

Thursday, December 30, 2010

BOLA SEPAK PIALA SUZUKI

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan bola sepak Malaysia yang telah berjaya merangkul piala suzuki bagi musim ini.  Hmm.. tak sia-sia En. Hubby terpacak di depan kaca TV dengan penuh beremosi yang bergelora didada..(bergegar habis 1 apartment Sri Pinang time si Safee tu menyumbat gol.. ). GOLLL!!! Aku hanya  menekup telinga dan mengurut dada.. huhu.. Satu pencapaian yang luar biasa dan suatu anjakan paradigma telah berlaku dalam sukan bola sepak tanah air.. (chewwah! macam pengulas sukan plak..)


Inilah skuad Harimau Malaya!...
 (Errr... malam tadi baruku tahu nama skuad negara..
 selama ni duk dengar En. Hubby sebut The Gunners jea.. )


Si Aqil plak tak kira gol Indonesia ke gol Malaysia semua dia 'borong' sorak "gooooll!" dengan gembiranya... adui!.Tapi apa yang membuatkan saya sangat excited dan terkejut time dengar ERA pepagi bute mengumumkan esok 31 Dec 2010 adalah cuti umum... wahahahah..sukenya kite!!.... time kasih Dato' Najib. Lain kali time badminton,keirin basikal,tennis,squash, hoki,congkak, carom, batu seremban atau ape-ape jea yang menang peringkat Asia Tenggara tu jangan segan-segan umum cuti dan bagi bonus sekali yea...ha..ha


Thanks kerana bagi cuti free kepada kami yea!!






Satu Malaya mau ambil kamu jadi menantu... muahaha!...


Buat penyokong Indonesia, jangan kecil hati ya dong.. Boleh cuba lagi musim-musim hadapan. Jangan ada konfrontasi yaa!!.

Sebilangan penyokong Indonesia kira bagus jugak la walaupun sudah kalah tetapi masih menunggu untuk menyaksikan skuad bola sepak Malaysia meraikan kemenangan..(Walaupun muke masing-masing dah macam macam nangka busuk.. uhuk!). Tahniah kepada semua.

Tuesday, December 28, 2010

KRISMAS 2010

Hmm.. krismas tahun ni jatuh pada hari Sabtu. So, tak dapatlah kami yang keje gomen ni bercuti.isk! isk! isk! sedih..tak aci jea orang swasta dapat cuti. Ish! jeles btul kat En. Hubby yg tersenyum gumbiraa. Hmm.. oleh kerana rase tak puas hati kat En. Hubby yang seronok bercuti sakan (3 hari tu..) saya pun trus apply cuti.. haa.. ini baru adil..fuhh!! bahagia hatiku...(errrr.. cutiku dah tinggal 3 hari! STOP THINKING ABOUT THAT! )

So, semalam kami berdua menghabiskan masa weekdays bersama.. (susah tu nak keluar time weekdays ni..2,3 kali jea dalam setahun.)


Waktu pagi di Suria KLCC yang tenang dan bahagia..
 (hmm..kalau hari biase nak hulur kaki pun susah babe!..)


En. Hubby yg "berbackground"kan Krismas celebration ..



Cantik tuu...! 

Dataran Suria KLCC yg meriah dengan gerai2 krismas...



Sebenornye inilah tempat yg dituju :-TGV : HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH
(muahahha! memang best giles... 100 credits  to mr hubby! )




Singgah Stadium Bukit Jalil lepas habis bergelak ketawa tengok movie HKLBR (errr.......) inikah sikap masyarakat selepas tengok perlawanan bola msia vs indon?!!
( sila baca dengan muka yg serius)



Tempat yang cantik dah jadi nampak buruk.. uhuh!



Harap generasi yang akan datang tidak lagi meneruskan budaya ini...


Sekian saje cerita suka-duka kite menyambut cuti krismas yang best... (bukan raye krismas tau!.. )

Friday, December 24, 2010

IKAN OH IKAN

2 minggu lepas timb. pengarah IKMKL iaitu En. Idris telah berpindah ke IKMKK kerana telah dinaikkan pangkat menjadi pengarah kat sana. Hmm.. saya terasa agak sedih  kerana dia seorang yang amat bertolak ansur dan ramah dengan semua orang. Susah nak jumpa bos yang macam tu.

Sebelum dia pergi hari tu, saya sempat berseloroh dengan dia. "En. Idris nak bawak skali ke udang yang dalam akuarium tu?".
Lantas dia pun menjawab, "Ish! takdelah! kalau awak nak bela, ambillah!".
"Oh! yea ke Encik? hmm ok jugak!".. jawabku tanpa berfikir panjang.

Jadi minggu lepas, 2 orang staf bersusah payah menghantar akuarium tu ke rumah saya. Walaupun kecil tapi mak ai! beratnye macam apa...

 Inilah rupa akuarium yang diberi oleh En. Idris, kecil dan comel jea!.. Memang sesuai dengan tuan barunya..



Taadaa...Inilah tuan barunya yang sangat excited dapat bela fish dan udang!!.. ha.. ha


Pening jugaklah nak jaga akuarium ni, maklumlah sebelum ni tak pernah terlintas nak bela ikan dalam akuarium. Pertengahan tahun hari tu, ni dah ada kawan yang offer nak bagi 1 set akuarim, tapi saya tolak. Bukan apa, konon-kononnya tak berminat nak bela ikan. Tapi bila dah kali kedua orang offer ni, rasenya tak eloklah saya menolak. Mungkin rezeki untuk Aqil kot. Dialah orang yang sangat suka dengan fish dan udang yang ada dalam tu. Setiap hari dia akan bercakap dengan binatang-binatang tu.. hmm.. kesian! orang takde kawan kat rumah, hanya ada ibu, abah dan fish jea.. ha..ha..

En. Hubby cakap "weekend ni kena pergi cari ikan guppy plak, biar nampak meriah skit akuarium tu!"..
"hmm.. ok jugak yea!".. balasku.

Thursday, December 23, 2010

BILA SEMUA BERCUTI

Sekarang musim pelajar IKMKL bercuti akhir semester tahun 2010. Kebanyakan daripada kami (tenaga pengajar) mengambil cuti sakan menghabiskan sisa-sisa cuti tahunan yang diberi. Namun begitu saya dan beberapa kerat guru yang senasib tetap masih setia menghuni bilik Pengajian Am ini termangu-mangu. Bukan kami tidak mahu bercuti, tapi apakan daya cuti tahunan hanya berbaki 4 hari lagi...oohhh!!!  tidak!.

Walaupun cuti hanya 2 minggu tetapi saya terasa sungguh lama kerana tiada aktiviti yang boleh dilakukan. Setiap hari datang mengadap PC dan memcari info-info dari internet... oh! boringnya! kalau sehari dua memang bestkan?.. tetapi kalau setiap hari macam ni..hhuuhh!!. urrfabour!!! sangat menjemukan!. Tak sabar rasanya untuk bermula semester baru. Walaupun nanti kami akan berjumpa pelajar yang berbagai-bagai ragam, namun saya lebih suka menerima mereka seadanya. 



Inilah wajah yang keboringan dan takde kerja... oh! jadi gila kalau hari-hari begini...


Perlu diakui pelajar IKM tidak semua pandai, namun begitu kebanyakan mereka berminat untuk belajar kalau pandai "tackle" mereka. Tak bolehlah layan macam pelajar sekolah menengah kerana mereka sudah dewasa. Sesekali kena selang dengan lawak antarabangsa biar meriah skit kelas. Saya lebih suka guna psikologi dengan mereka, pujilah melambung skit bila diorang dapat jawab soalan dengan betul. So, mereka akan rasa lebih confident. Saya selalu tekankan "mathematics is very easy! nenek awak pun boleh jawab!"... haha..

Apabila diorang rasa confident dalam kelas dan rasa selesa dengan kita, mudahlah nak buat perbincangan. Saya selalu akan bertanya topik mana yang mereka tidak faham dan akan ulang berkali-kali. Sangat seronok mengajar mereka terutama pelajar daripada kursus kimpalan dan fabrikasi logam walaupun terpaksa mengajar step by step jalan pengiraan. Perlu sedia maklumlah, kebanyakkan mereka mendapat gred E dan F dalam subjek matematik dalam SPM. Bagi saya ok jea, E stand for Excellent and F stand for Flying colours!!..ha.. ha

Alhamdullillah, semester lepas 98% pelajar saya telah lulus dan 43% orang mendapat gred A. Suatu pencapaian peribadi yang agak menggembirakan. Harap, ia akan menjadi semangat dan pendorong kepada saya untuk menjadi guru yang terbaik kepada para pelajar. Saya tidak mahu mengajar mereka seperti melepas batuk ditangga kerana saya percaya mereka adalah amanah Allah kepada kita. Buat yang terbaik untuk mereka pasti akan ada ganjaran Allah yang hebat menanti di syurga kelak. Insyaallah!

Monday, December 20, 2010

MASAM-MASAM MANIS

Hujung minggu kami biasanya diisi dengan melawat ke tempat-tempat shopping complex untuk bersantai dan semestinya melibatkan pelaburan wang ringgit.. (aktiviti yang bagus dalam membantu aliran wang dalam negara). Antara tempat yang biasa dilawati ialah Alamanda, Tesco, Pasar malam Bangi, Mc D Bangi, Chop n Steak Serdang dan kalau dah bosan sangat kami akan lepak di Taman Tasik Chempaka, Bandar Baru Bangi sambil berangan-angan untuk memiliki rumah yg ditepi tasik tu... (pergh!! sungguh tinggi cita-cita tu...).


 
Namun hujung minggu lepas En. Hubby cuba menerapkan budaya baru di rumah kami iaitu menghabiskan masa hujung minggu di rumah dengan melakukan akitiviti kekeluargaan - memasak, membersih dan mengemas rumah. Beliau turut menerangkan aktiviti ini bagus untuk mengawal kadar aliran wang keluar yang kian tidak terkawal diakhir-akhir ini..macam PM plak.. ha.. ha...
Saya redha dan hanya menurut perintah..



Inilah aktiviti Aqil kalau kat rumah.. Sehari 2,3 kali menonton movie Ice Age dalam PC ni..Tengoklah khusyuk betui!.. Ibu dan Abah terpaksalah kena tunggu turn kalau nak guna internet... ha.. ha..


Hmm.. ini plak aktiviti En. Hubby di hujung minggu.. apa lagi tengok bola lah!.. Hampir semua player dalam liga Europe dan France dia kenal. Macam diorang tu orang kampung dia jea..

Hmm.. namun selepas hari kedua (iaitu hari Ahad) saya mula berasa agak bosan terperuk dirumah. Beberapa cadangan dan cubaan memujuk En. Hubby untuk ke pameran Dinasour di Pusat Sains Negara dan pameran kartun Upin Ipin di Berjaya Times Square telah ditolak, saya membuat muka cemberut yang ala-ala kesian. Taktik ini telah berjaya menimbulkan rasa sayu dihati En. Hubby yang memang kenal sangat perangai isterinya yang suka berjalan ini..(he..he.. he..). Sambil dia bersiap-siap untuk keluar lantas dia berkata
" Jomlah teman abg jumpa  customer kat KLIA"
"hmm..ok jugak!" balasku spontan dan hati pun mula berbunga-bunga.
Walaupun hari dah petang saya tak kisah, janji bleh jalan di hujung mniggu.. ha.. ha.. So, jam 5.30 ptg kami bertolak dari Ampang ke Terminal KLIA express di Putrajaya dengan menaiki kereta. Kemudian kami menaiki train KLIA Cat dari Putrajaya ke KLIA kerana kami tak nak bersusah-susah cari parking di sana.


On the way to KLIA.Wajah Ibu dan Aqil yang ceria dengan hati gembira.. ha... ha


Peace!! Aqil yang tak duduk diam dalam train.


Sampai di KLIA lebih kurang jam 7.00ptg, saya meronda-ronda dengan si Aqil sambil menunggu En. Hubby berurusan dengan costumer. Seronok jugak melihat warga asing yang ramai di airport. Saya agak tertarik melihat seorang wanita berkulit gelap (mungkin warga Afrika kot.. ), walaupun kulitnya gelap tapi dia sungguh jelita.. haa... jangan main-main..

Lebih kurang jam 7.30mlm, kami bertolak balik namun sempat juga singgah di Mc D melayan burger Prosperity yang saya tak pernah missed setiap kali new year.. ha.. ha.. Thankyou so much sayang!!

Thursday, December 16, 2010

DOAKU PADAMU




Bismillahirrahmannirrahim...
dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w serta para sahabat, ahli bait, para syuhada', para anbiya' dan para ulama'. Ku hadirkan diriku dihadapanmu memohon rahmat dan kasih-sayangmu agar menerima doa hambamu yang lemah dan tidak berdaya ini.Ya, Allah Engkau ampunilah dosaku, suamiku, kedua ibu bapa kami, datuk-nenek kami, adik-beradik kami, sanak-saudara kami, anak-anak kami, rakan sahabat handai kami, jiran-jiran kami, para pelajar kami, rakan sekerja kami serta seluruh umat islam.







 Ya Allah! Engkau kurniakanlah petunjuk dan hidayahMu. Selamatkanlah kami di dunia dan di hari akhirat, tempatkanlah kami dikalangan orang-orang yang soleh dan beriman disisiMu. Ambillah nyawa kami di saat kami benar-benar beriman dan bertaqwa kepadaMu ya Rabb. Hidup dan matikanlah kami dalam iman.Ya! Allah! selamatkanlah kami dari azab api neraka dan seksa kubur. Luaskan kubur kami nanti, selamatkanlah diri kami dari kegelapan kubur dan kesusahan di hari akhirat. Hulurkanlah buku amalan kami di tangan kanan dan permudahkanlah urusan kami di padang Masyhar nanti Ya Allah. Sesungguhnya kami tidak layak memasuki syurgaMu namun tidaklah kami sanggup menghadapi api nerakaMu.




Ya Allah ya tuhan kami yang maha pemurah, engkau jadikanlah kami orang yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Mu. Bersihkanlah hati kami, pancarkanlah cahaya keimanan di wajah kami, pancarkanlah cahaya hidayahMu dari segenap arah. Bersihkanlah fikiran kami dari segala perkara negatif. Indahkanlah akhlak kami sebagaimana Engkau mengindahkan ciptaanMu terhadap kami. Peliharalah maruah dan kehormatan diri kami. Ya Allah angkatkanlah darjat kami disisi Mu. Tinggikanlah martabat kami pada pandanganMu.



Ya Allah! Engkau hapuskanlah segala fitnah yang pernah dilemparkan terhadap kami. Engkau bersihkanlah nama kami. Jadikanlah fitnah yang dilemparkan sebagai penghapus dosa-dosa kami. Engkau kurniakanlah pengajaran yang berguna kepada mereka yang pernah menabur fitnah ke atas kami. Engkau kurniakanlah keinsafan, petunjuk dan hidayahMu ke atas mereka yang pernah mengumpat, mengata dan memfitnah diri kami. Hanyalah Engkau yang berkuasa terhadap sesuatu. Hanya Engkau tuhan yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkau ya Allah, tuhan yang berhak disembah.

 

Ya Allah! terimalah permohonan hambaMu yang hina ini. Perkenankanlah segala permohonan kami. Sesungguhnya kami serahkan semua urusan hidup dan mati kami hanya kepadaMu ya Rabbul Izzati. Hanya padaMu kami memohon, kami meminta dan tempat kami mengadu. Terimalah Ya Allah!.. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Tuesday, December 14, 2010

Amalan baca al-Quran bantu rawat masalah emosi


Kitab suci mukjizat teragung perkukuh kekuatan dalaman, berikan ketenangan jiwa

KEHIDUPAN di dunia ini sentiasa silih berganti antara kebahagiaan dan penderitaan. Ketika ditimpa kesusahan, jiwa menjadi gelisah dan murung kerana memikirkan permasalahan dihadapi.
Kata Ibnu Mas’ud, bagi setiap kegembiraan ada kesedihan dan tidak ada satu tempat pun yang dipenuhi kesenangan kecuali tempat itu juga diisi oleh kesedihan.

Biasanya kita akan berehat atau melakukan sesuatu aktiviti bagi mengatasi masalah emosi. Sebenarnya ubat paling mujarab ialah membaca al-Quran, iaitu amalan yang semakin ditinggalkan kecuali apabila tiba Ramadan.



Selain mendapat pahala, membaca al-Quran adalah mukjizat agung dalam membaik pulih kegelisahan jiwa dan mengatasi kemurungan hidup.



Allah berfirman bermaksud: “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya.” (Surah al-Israa’: 82).



Firman Allah lagi bermaksud: “Wahai manusia, telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi pengajaran daripada Tuhanmu dan penyembuhan bagi penyakit yang ada dalam dadamu (jiwa) dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman.” (Surah Yunus: 57).

Membaca al-Quran selain satu ibadat, juga boleh menjadi ubat atau terapi mengubati jiwa yang gelisah, gundah atau ketika fikiran berserabut.



Diriwayatkan, ada seorang lelaki datang menemui Abdullah bin Mas’ud untuk meminta nasihatnya kerana lelaki itu sedang berserabut dan jiwanya resah gelisah. Abdullah kemudian menasihatkan lelaki itu: “Pergilah kamu ke tempat orang yang membaca al-Quran dan mendengar baik-baik orang membacanya. Kamu juga boleh membacanya sendiri.”



Selepas itu, lelaki berkenaan pulang dan mengamalkan pembacaan al-Quran seperti dinasihatkan Abdullah bin Mas’ud. Lelaki itu berasa jiwanya cukup tenang dan amat tenteram. Fikirannya tidak lagi berserabut memikirkan masalah dunia.



Sebenarnya bukan lelaki itu saja membaca al-Quran berasa tenang dan aman, tetapi semua orang yang membacanya dengan hati khusyuk ditambah pula memahami akan maknanya akan mampu merasai kemanisan iman. Begitulah hebatnya mukjizat al-Quran.



Membaca al-Quran adalah satu cara mengingati Allah. Orang yang sentiasa mengingati Allah dalam apa situasi sudah pasti jiwa berada dalam keamanan dan tenteram.



Firman Allah bermaksud: “Orang yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka. Ingatlah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenteram.” (Surah Ar-Ra’d: 28).



Oleh itu, jadikan membaca al-Quran sebagai gaya hidup dan jangan membacanya tatkala ditimpa masalah saja. Kesungguhan membaca al-Quran akan memantapkan rohani dan menjernihkan hati. Ingatlah Allah pada waktu lapang, tentu Allah akan ingat dan bantu kita ketika susah.



Allah membekalkan mukjizat teragung al-Quran sebagai rahmat dan mereka yang membaca atau mendengar bacaan ayat suci itu akan diberikan Allah kekuatan dalaman. Amalan membaca al-Quran diakui metodologi sempurna dalam mengubat penyakit jiwa atau psikoterapi.



Segala gangguan jiwa seperti kemurungan, fikiran berserabut dan cepat panik dapat diatasi dengan membaca al-Quran. Lebih lama kita membacanya, jiwa menjadi semakin aman tenteram. Inilah rahmat kurniaan Allah.



Antara bacaan ayat al-Quran yang dijadikan sebagai penyembuh jiwa ialah surah Yasin. Syeikh Mohd Alawi Al-Malik mengatakan, surah Yasin banyak kelebihannya kerana menurut Rasulullah, surah Yasin adalah hati al-Quran.



Sahabat Rasulullah, Abu Hurairah ada berpesan: “Sesungguhnya akan lapanglah penghuni rumah yang dibaca di dalamnya al-Quran dan akan banyaklah kebajikan dalam rumah itu dan akan datanglah para malaikat ke rumah itu dan akan keluarlah syaitan daripadanya. Sebaliknya, rumah yang tidak dibaca di dalamnya al-Quran, akan mendatangkan kesempitan kepada penghuninya. Di samping itu, kebajikan akan berkurangan, para malaikat akan keluar dan syaitan akan memasuki rumah itu.”



Membina kehidupan bahagia menjadi impian semua. Justeru, satu cara terbaik memantap jiwa dan hati menghadapi masalah hidup ialah dengan memperbanyakkan bacaan al-Quran.

sumber : artikel ini dipetik dari ruangan agama berita harian bertarikh 14 Disember 2010.





Thursday, December 9, 2010

PUDING ROTI

Haa.. kali ni saya ingin cuba berkongsi resepi puding roti yang telah berjaya dihasilkan setelah percubaan pertama sebijik puding roti dibuang begitu sahaja...(keras dan hangit.. he.. he..)
hmm.. caranya senang jea (sesuai untuk para isteri yang tiada masa untuk membuat kuih-muih..ha.. ha )..

sapukan loyang dengan mentega
satu kotak susu segar dituangkan di dalam bekas berasingan
taburkan sedikit garam dan 2 sudu besar gula kasar
masukkan tepung gandum setengah cawan
tepung kastard setengah cawan
pecahkan sebiji telur dan kacau hingga sekata
tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu dengan mentega tadi
kemudian roti yang juga disapu mentega dicarik-carik dan dimasukkan
taburkan kismis
masukkan hirisan pisang

Kemudian, kukus. Kenapa kukus? sebab ia akan masak dengan sekata dan cantik. Yang penting ia takkan hangit.. ha.. ha..



 Tadaa... inilah hasilnya...


Aqil suka makan pisang yang kat atas tu... ha.. ha..

Puding ni biarkan jea ia di dalam loyang.. bila nak makan barulah dipotong kerana ia lembut dan mudah pecah.Selamat mencuba yea!!

Wednesday, December 8, 2010

MAHA 2010

Cuti pada minggu lepas kakak sekeluarga dari Kuantan datang bercuti di Kuala Lumpur. Jumaat malam mereka bermalam di rumah saya dan  Sabtu keesokkannya saya sempat membawa mereka ke MAHA 2010 di Serdang. Kami konvoi 2 buah kereta.

Sampai di pintu masuk pukul 10 pagi tetapi mak aii!! kereta punyalah banyak pukul 11 baru kami boleh masuk tempat parking. walaupun begitu saya rasa amat  berbaloi walaupun ramainya orang . Cuma kena sabar lebih sikit la.. ha.. ha..

Booth pameran sangatlah banyak sampai kami hanya sempat melawat dewan A sahaja dan  melawat ke tapak binatang ternakan. Jom kita tengok tempat- tempat yang sempat dilawati.



 Ni masa baru sampai, sempat lagi berposing depan lori pembajak yang dijadi "bas shuttle" ke tapak pameran.
 Tengoklah gelagat Aqil dan sepupu-sepupunya yang excited menaiki lori shuttle. Kat sebelah kiri tu abang ipar dan anak-anaknya iaitu Abdullah di atas riba dan Adham yang memakai baju oren. Sorang lagi kat sebelah kanan yang duduk dicelah-celah saya dan che teh ialah nurul iman.

 Pokok yang boleh ditanam tetapi perlu dirahsiakan namanya.. ha.. ha..



Lembu yang besar dan pelik. Tengoklah kepalanya berbulu macam bebiri. Adik saya kata lembu ni dikacuk dengan bebiri.. yalah tu..

 Nurul iman yang geram tengok penyu di dalam kolam tu..



haa.... ini kenderaan kesukaan Aqil. Tengoklah mana dia bagi Abdullah duduk atas kerusi tu.. kedekut betul!



Kambing kegemaran si Aqil.. panjang betul tanduknya... heeeee......

 Ni pula kami masuk ke taman arnab. Aqil punyalah seronok mengejar arnab tetapi takut nak pegang.. Abdullah rileks jea.. siap peluk-peluk lagi arnab tu.. ha.. ha..


Mak Lang dan Aqil sempat aje bergambar dengan lembu gergasi ni.. Aqil tak nak tengok kamera sebab takut lembu tu sondol dia.. ha.. ha..

 Buah ni nama buah mentega. Ha.. kenapa namanya mentega?.. dikatakan rasanya sebijik macam mentega. so, kalau nak buat kek pakai buah ni jea la.. tak perlu beli mentega.. he.. he.

Saya sempat lagi berposing dengan pemenang no. 1 gubahan bunga menggunakan tumbuh-tumbuhan.. memang cukup kreatif!



Di tapak pameran orkid.. hmm.. Dr Karimah tu menyibuk aje..........

 En. Hubby yang berbaju hijau tu tengok ape yea?..

Hmm.. cantikkan orkid ni walaupun berwarna gelap... Geram tengok orkid yang cantik-cantik kat sana. Jadi saya terus membeli 2  pokok orkid di tapak jualan walaupun tak tahu nak tanam kat mana... ha.. ha..

Itu sahaja gambar yang sempat dikongsi sepanjang Maha 2010 hari tu..Lepas balik tu,badan habis sakit dan penat namun sangat berpuas hati..Tahun-tahun depan kami mesti datang lagi.. ha.. ha..