Hujung minggu kami biasanya diisi dengan melawat ke tempat-tempat shopping complex untuk bersantai dan semestinya melibatkan pelaburan wang ringgit.. (aktiviti yang bagus dalam membantu aliran wang dalam negara). Antara tempat yang biasa dilawati ialah Alamanda, Tesco, Pasar malam Bangi, Mc D Bangi, Chop n Steak Serdang dan kalau dah bosan sangat kami akan lepak di Taman Tasik Chempaka, Bandar Baru Bangi sambil berangan-angan untuk memiliki rumah yg ditepi tasik tu... (pergh!! sungguh tinggi cita-cita tu...).
Namun hujung minggu lepas En. Hubby cuba menerapkan budaya baru di rumah kami iaitu menghabiskan masa hujung minggu di rumah dengan melakukan akitiviti kekeluargaan - memasak, membersih dan mengemas rumah. Beliau turut menerangkan aktiviti ini bagus untuk mengawal kadar aliran wang keluar yang kian tidak terkawal diakhir-akhir ini..macam PM plak.. ha.. ha...
Saya redha dan hanya menurut perintah..
Inilah aktiviti Aqil kalau kat rumah.. Sehari 2,3 kali menonton movie Ice Age dalam PC ni..Tengoklah khusyuk betui!.. Ibu dan Abah terpaksalah kena tunggu turn kalau nak guna internet... ha.. ha..
Hmm.. ini plak aktiviti En. Hubby di hujung minggu.. apa lagi tengok bola lah!.. Hampir semua player dalam liga Europe dan France dia kenal. Macam diorang tu orang kampung dia jea..
Hmm.. namun selepas hari kedua (iaitu hari Ahad) saya mula berasa agak bosan terperuk dirumah. Beberapa cadangan dan cubaan memujuk En. Hubby untuk ke pameran Dinasour di Pusat Sains Negara dan pameran kartun Upin Ipin di Berjaya Times Square telah ditolak, saya membuat muka cemberut yang ala-ala kesian. Taktik ini telah berjaya menimbulkan rasa sayu dihati En. Hubby yang memang kenal sangat perangai isterinya yang suka berjalan ini..(he..he.. he..). Sambil dia bersiap-siap untuk keluar lantas dia berkata
" Jomlah teman abg jumpa customer kat KLIA"
"hmm..ok jugak!" balasku spontan dan hati pun mula berbunga-bunga.
Walaupun hari dah petang saya tak kisah, janji bleh jalan di hujung mniggu.. ha.. ha.. So, jam 5.30 ptg kami bertolak dari Ampang ke Terminal KLIA express di Putrajaya dengan menaiki kereta. Kemudian kami menaiki train KLIA Cat dari Putrajaya ke KLIA kerana kami tak nak bersusah-susah cari parking di sana.
On the way to KLIA.Wajah Ibu dan Aqil yang ceria dengan hati gembira.. ha... ha
Peace!! Aqil yang tak duduk diam dalam train.
Sampai di KLIA lebih kurang jam 7.00ptg, saya meronda-ronda dengan si Aqil sambil menunggu En. Hubby berurusan dengan costumer. Seronok jugak melihat warga asing yang ramai di airport. Saya agak tertarik melihat seorang wanita berkulit gelap (mungkin warga Afrika kot.. ), walaupun kulitnya gelap tapi dia sungguh jelita.. haa... jangan main-main..
Lebih kurang jam 7.30mlm, kami bertolak balik namun sempat juga singgah di Mc D melayan burger Prosperity yang saya tak pernah missed setiap kali new year.. ha.. ha.. Thankyou so much sayang!!
No comments:
Post a Comment