2 minggu lepas timb. pengarah IKMKL iaitu En. Idris telah berpindah ke IKMKK kerana telah dinaikkan pangkat menjadi pengarah kat sana. Hmm.. saya terasa agak sedih kerana dia seorang yang amat bertolak ansur dan ramah dengan semua orang. Susah nak jumpa bos yang macam tu.
Sebelum dia pergi hari tu, saya sempat berseloroh dengan dia. "En. Idris nak bawak skali ke udang yang dalam akuarium tu?".
Lantas dia pun menjawab, "Ish! takdelah! kalau awak nak bela, ambillah!".
Lantas dia pun menjawab, "Ish! takdelah! kalau awak nak bela, ambillah!".
"Oh! yea ke Encik? hmm ok jugak!".. jawabku tanpa berfikir panjang.
Jadi minggu lepas, 2 orang staf bersusah payah menghantar akuarium tu ke rumah saya. Walaupun kecil tapi mak ai! beratnye macam apa...
Inilah rupa akuarium yang diberi oleh En. Idris, kecil dan comel jea!.. Memang sesuai dengan tuan barunya..
Taadaa...Inilah tuan barunya yang sangat excited dapat bela fish dan udang!!.. ha.. ha
Pening jugaklah nak jaga akuarium ni, maklumlah sebelum ni tak pernah terlintas nak bela ikan dalam akuarium. Pertengahan tahun hari tu, ni dah ada kawan yang offer nak bagi 1 set akuarim, tapi saya tolak. Bukan apa, konon-kononnya tak berminat nak bela ikan. Tapi bila dah kali kedua orang offer ni, rasenya tak eloklah saya menolak. Mungkin rezeki untuk Aqil kot. Dialah orang yang sangat suka dengan fish dan udang yang ada dalam tu. Setiap hari dia akan bercakap dengan binatang-binatang tu.. hmm.. kesian! orang takde kawan kat rumah, hanya ada ibu, abah dan fish jea.. ha..ha..
En. Hubby cakap "weekend ni kena pergi cari ikan guppy plak, biar nampak meriah skit akuarium tu!"..
"hmm.. ok jugak yea!".. balasku.
No comments:
Post a Comment