Pernah dengar buaya darat? Buaya darat ialah lelaki yang sengaja mempermainkan perasaan si gadis. Golongan gadis yang masih muda remaja remaja perlu berhati-hati dengan golongan sebegini. Kebanyakan daripada mereka pernah mempunyai kekasih hati yang ramai. Mungkin tidak pelik jika golongan ini selepas kahwin pun masih cuba mengintai-ngintai peluang untuk menduakan isterinya. Pelbagai helah dicipta untuk meyakinkan si gadis agar mempercayai janji manis atau kisah-kisah sedih yang sengaja direka oleh si buaya darat.
Kadangkala kita memang tidak dapat mengecam atau mengandai bahawa si dia adalah buaya darat. Oleh itu penting bagi kita untuk menyiasat siapa gerangan si dia dan kenapa dia begitu teruja untuk mendekati kita. Terutama si gadis yang mempunyai masalah di tempat kerja, masalah dengan kekasih atau sebagainya mulalah si buaya darat menunjuk kemachoan diri. Mereka tidak segan silu memuji diri sendiri dengan mengatakan memilih dirinya adalah yang terbaik.. haha.. Kepada si gadis yang pernah mengalami situasi terjerat dengan buaya darat cepat-cepatlah buat solat hajat agar Allah memberikan petunjuk siapa yang terbaik buat kita sebenarnya.
Penangan buaya darat ini sangatlah teruk kerana kebanyakan daripada mereka mempunyai hubungan sosial yang baik dengan masyarakat. Tidak hairanlah si gadis akan ditimpa plebagai fitnah apabila menolak cinta si buaya darat tadi memandang dia seorang yang dihormati dalam masyarakat. Namun si gadis janganlah terlalu sedih kerana apa yang berlaku ada hikmahnya. Yakinlah setiap lelaki yang buruk hanya layak untuk perempuan yang buruk sahaja. Lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik sahaja. Apa yang berlaku jadikanlah sempadan di dalam hidup. Seperti pepatah inggeris menyatakan "what goes around comes around". Apa yang dibuat pasti akan menimpa diri atau keluarganya suatu ketika nanti. Nauzubillahi min zalik.
p/s - bersyukurlah kerana anda tidak memilih crocodile man sebagai pasangan hidup anda!!.. haha..
3 comments:
selalu berhati2 bila berpacaran... jangan terperangkap dengan manusia jenis ni...
alhamdulillah jodoh akak bukan dengan buaya darat .. hihi..
follow u back ..follower ke 200 !
pernah jugak kenal dengan 'buaya darat'..apa2pun kena berhati-hati lah..
Post a Comment