Sudah lama En. Hubby berhajat ingin belanja kenalannya ini. Namun, selalu kesuntukan masa sehinggalah minggu lepas barulah kami berpeluang untuk dinner bersama-sama.. Memang seronok dinner bersama mereka, tambah-tambah pula melayan celoteh anak-anak mereka yang kelakar.
Inilah keluarga kenalan kami iaitu Yasser, isterinya dan anak-anak mereka. ( Ops ! tudung pink itu ialah saya.) Mereka ini berasal dari Khourtum, Sudan. Yasser adalah pelajar PHD di UKM dan menjadi pensyarah sambilan di UNITEN. Manakala isterinya adalah Profesor Madya di KLIUC. Mereka sebenarnya menguruskan ramai pelajar foreigner yang ingin menyewa rumah kami di Kajang. Jadi kami banyak terhutang budi dengan sikap baik dan amanah mereka.
Antara menu yang ditempah ialah nasi biryani kambing di sebuah restoran Arab, Putrajaya.
En. Hubby cakap memang terbaek punye!!.. hahaha..
Dari kiri sekali itu ialah Fathi anaknya yang bongsu. Dia cakap Malaysia tak best sebab takde video game.. ahaha... Sebenarnya mereka hanya dibenarkan bermain video game hanya di hujung minggu sahaja. Kalau balik ke Sudan tu baru boleh bermain video game sepuas hati.. Okeylah itu sahaja coretan untuk kali ini. Harap berpeluang untuk berjumpa di lain kali.
7 comments:
Menghargai teman/sahabat pasti tercapai kalau niat dihati telah tertanam dari awal dan niat itu baik. Alhamdulillah....
bestnye akak...kawan serata dunia...nice!
senyum lebar sahabat tu...
niat yg baik sambil merapatkan lagi tali silaturrahim
bagus kalu kwn pelbagai bangsa
bestkn klau dpt buat mcm ni selalu...
Assalamualaikum Fifah
salam ukhwah
salam persahabatn
bukan kawan 1 Malaysia, tapi 1 dunia
Wassalam
salam ifa,
ooo indahnya ukhuwah tercipta...
pekena pulak nasi arab..bertuah jadi foreign nie..org malaysia baerbudi bahasa...Semuga diberkati ALLAH jua
Post a Comment