Thursday, May 19, 2011

LADANG PUYUH

Amali sembelihan merupakan salah satu program pendedahan cara sembelihan yang betul kepada para pelajar. Pada hari Sabtu lepas, unit PPI IKMKL telah menganjurkan program amali sembelihan di ladang puyuh milik bapa mertua Ustaz Syahir di Kundur, Negeri Sembilan. Seramai 24 orang peserta dan 7 orang guru terlibat sepanjang program tersebut. Jom kita saksikan aktiviti yang telah dijalankan disana. 



Para guru bersama anak masing-masing. 
Sebelah kiri sekali ialah ibu Ustazah Hanis. 


Para pelajar yang bersedia untuk bertolak.
 Namun terpaksa menunggu beberapa orang 
pelajar lain lagi yang masih belum sampai.



Ustazah Akma yang ceria bersama si kecil Amin.



Aqil yang sangat excited menaiki bas. 
Tengoklah matanya tak berkedip melihat keluar.. haha..



Para pelajar khusyuk mendengar taklimat sembelihan yang disampaikan oleh Ustaz Syahir.





Antara calon-calon yang akan mengucap 2 kalimah syahadah..




Aqil memang teruja benor melihat puyuh.




Saya, Ustazah Hanis dan Puan Nor Rudziah dan anak-anak bergambar kenang-kenangan.. 



Para peserta yang bersiap sedia untuk melakukan amali sembelihan.. 



Anak-anak yang excited cuba memegang puyuh.. 



Arham si kecil berbaju merah tu khusyuk melihat puyuh yang 
sedang disembelih oleh pelajar sambil dibantu oleh Ustaz Nabigh.



Okey! Bismillahi rahmanirrahim... 
Pastikan rusuk kiri puyuh mengadap kiblat dan mulakan dengan selawat.



Pegang leher elok-elok dan cari urat yang perlu dipotong.. 
jangan sampai putus kepala yea!



Aqil dan Arham sibuk bermain sementara 
menunggu para pelajar melakukan penyembelihan.



Puyuh kemudiannya dilapah kulit dan dibersihkan.




Haa.. Nyum! Nyum!.. inilah saat yang ditunggu.. 



Taadaaaa.......... wah! sedapnye! 


Itu sahaja gambar yang sempat dirakam. Gambar ketika menjamu menjamu selera tidak sempat dirakam kerana perut dah mula berkeroncong. Haha...Selepas usai menjamu selera kami mula bersiap sedia untuk berangkat pulang. Hmm.. pengalaman melaksanakan program ini memang seronok walaupun ia agak meletihkan. Harapannya agar semua peserta dapat mencapai objektif program iaitu melakukan ibadah sembelihan dengan  lebih sempurna selepas ini. Semoga semester akan datang saya berpeluang untuk membantu unit PPI lagi. Insyaallah!!


10 comments:

Unknown said...

salam..memang best kan?? =)

zino said...

sedap tu...

Anonymous said...

thanks :) done follow you back !! teruskan menulis ok :)

salm perkenalan :) have a nice day !!

Azzah said...

sedapnya..

Azzah said...

lupa,anda direview..:) http://sayurlemak.blogspot.com/2011/05/saya-review-blog-anda-4.html#more

ummu said...

assalamualaikum Puan
wah tengok pic pun dah rasa best
tengok puyuh bakar, lagi terasa lapaor malam2 cenggini
dedikasi seorang guru,
membawa bersama anak kecil
kala bertugas.

Kak Imun said...

Salam, fifah. Wah, terangnya gambar2 tu. Benar2 menggambarkan suasana. Suka tengok anak2 kecil yg sempat ikut serta....:)

ainhany said...

salam ukhuwah fifah,

best nya rombOngan ini..sambil2 boleh balajaq sembelih dan makan puyuh ..

agak2nya pa fifah rasa bila tenguk puyuh yg kecik tu disembelih..?? akak simpati laaa....x sanggup nak jamahnya....huhuuuu

Unknown said...

salam, yea.. memang seronok pergi ke sana. Selain melayan karenah anak, dapat juga kita mempelajari cara sembelihan dengan lebih jelas. Binatang sembelihan ini dia akan mati syahid jika disembelih dengan nama Allah. Bayangkan jika ia ditembak atau kepalanya dipukul, lagi kejam kan?

norliza said...

bestnya dapat belajar mcm nie...sekurang-kurangnya tahu cara penyembelihan yang betul..kalau saya...xleh peganga ayam tu..xdan orang nak menyewmbelih,ayam 2 dah terlepas..hehehehheheh