Tuesday, May 3, 2011

JALAN-JALAN DI LANCHANG, PAHANG.

Cuti hujung minggu lepas kami sekeluarga melawat taman Deerland dan pusat sanctuari gajah di Lanchang, Pahang. Projek ini telah lama dirancang oleh En. Hubby yang  begitu teruja untuk membawa kami sekeluarga ke sana terutamanya Aqil yang sangat sukakan binatang. Lawatan ini dipandu oleh kawan kami El dan keluarga  dari Lanchang. Manakala Zul  dan tunangnya yang datang dari Raub, Pahang pun turut sama menyertai. Jom layan gambar-gambar kami sepanjang lawatan ke sana.

DEERLAND, LANCHANG


Burung yang cantik!.. ops! lupe plak namanye.. 


Aqil yang excited tengok kucing hutan!... 

Aqil dan abah sempat lagi berposing
berlatar belakang kucing hutan dan kawasan taman rusa dibelakang tu.. 


Aqil yang berani-berani takut dengan rusa dari Indonesia.
Difahamkan oleh kakitangan yang bertugas,
rusa dari indon ini lebih jinak berbanding rusa malaysia,
bulunya agak kasar dan badannya lebih kecil berbanding rusa Malaysia.


Pengunjung yang sibuk memberi makan dan bergambar kenang-kenangan.


Saya yang tidak ketinggalan bergambar gaya ibu-ibu masa kini.. hehe~!

Setiap pengunjung yang menunjukkan tiket masuk 
akan diberi sebakul makanan rusa oleh adik diatas.


Burung unta. Tinggi sungguh!!


Kepalanya asyik terjulur-julur mintak makanan. hahaha...



Rusa dari korea. Cantik! bulunya halus dan berbintik putih. 
Dapat bela sekor pun best jugak.. haha!


Beruang Malaya! namanya Hitam. 
Cerdik betul! tuannya panggil dia terus datang. 
Suruh duduk, dia duduk terus.. .pandai!



Aqil yang takut-takut, tapi sempat lagi gosok badan ular sawa tu.. huhu!


Abah dan Aqil serta El dan anaknya, Rayyan sempat bergambar
 dengan beruang yang paling besar disitu.


TAMAN SANCTUARI GAJAH, LANCHANG


Antara penghuni  taman sanctuari gajah.
Tempat ni tidak jauh dari  taman Deerland di atas.



Gajah Malaya ini dikatakan gajah mini di dunia.... 
 Err! tak tahu la kalau gajah di Afrika tu macammane yea!



Gajah ni baru keluar dari hutan.. 
Comot sangat dan bersedia untuk mandi di sungai yang berdekatan..



Ni lah rombongan kami.. Dari kiri : Al, Zul, En. Hubby, Aqil, Fifah, Isteri El dan El dan anak-anak.. Belakang skit tu ialah bibik diorang. (Gambar ni dirakam diluar pintu masuk Deerland)





Hujung sekali sebelah kanan tu ialah adik saya.. 


Gajah yang tengah mandi... Ngan staf-staf sekali pun terpaksa mandi gak.. hahah..



Muka yang kepenatan... masa ni dah nak balik daa.. 

Selesai melawat taman rusa dan pusat sanctuari gajah, kami dijemput oleh El dan keluarga untuk menjamu selera di rumah bapanya yang tidak jauh dari situ. Menu istimewa ikan temerloh yang dijamu kepada sangat menyelerakan. Terima kasih banyak yang tidak terhingga di atas layanan yang istimewa kepada kami semua. Jangan lupa jemput lagi... 



p/s - kepada anda yang ingin melepaskan kebosanan melihat hutan batu di K. Lumpur, bolehlah melawat ke sana kerana jaraknya lebih kurang 1 jam lebih perjalanan dan exit di tol lpt lanchang. Layanan staff di sana sungguh istimewa kerana banyak penerangan diberikan. Selain itu, haiwan di situ kebanyakkannya boleh dipegang dan bergambar bersama contohnya bersama rusa, ular dan beruang serta gajah.. (kalau berani la.. hehe..)




Sekian!! 

No comments: