Semalam Persatuan Pendidikan Islam IKMKL mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Kesenian Islam di Kuala Lumpur. Pelbagai bahan pameran yang menarik mengenai sejarah islam dari seluruh dunia dipamerkan disana. Ia mengingatkan kita betapa hebatnya empayar islam yang pernah memerintah dunia suatu masa dahulu. Dibawah ni saya selitkan beberapa keping gambar sebagai kenangan berkunjung ke sana.
Antara naskhah al-quran yang dikumpul dari seluruh dunia.
Naskhah Al-Quran ini berasal dari Bukhara dan berusia hampir 300 tahun.
Koleksi Al-quran yang dikarang dengan tangan.
Bandingkan saiz al-quran kat tepi tu.. kecilkan?
Al-quran ini biasanya dijadikan azimat...
Sebak bila kali pertama melihat Kelambu kaabah.
Kelambu ini dihadiahkan oleh kerajaan Arab Saudi kepada Malaysia..
Setiap negara hanya akan mendapat satu sahaja kelambu...
Wahh! betapa bertuahnya kita yea!
Kelambu di dalam kaabah.. Masyaallah!
Naskah lama al-quran yang ditulis tangan yang berusia 300 tahun lampau..
Antara kubah yang terdapat disitu..
Semuanya cantik dan sungguh indah!
Ustaz Nabigh sibuk memberi penerangan kepada para pelajar.
Rantai leher emas yang bertatahkan mutiara dan delima asli..
Sungguh cantik dan bernilai tinggi..
Potret yang menggambarkan sistem kerajaan beraja Moghul di India..
Salah satu aksesori hiasan yang bertatahkan berlian asli..
Juga dari empayar Moghul.
Ceper yang diperbuat daripada ibu mutiara,
diperoleh daripada Syarikat India Timur Belanda.
Hiasan serban yang diperbuat daripada emas, zamrud dan delima asli...
Cantikkan?
Hulu pedati ini diperbuat daripada jed asli... uhuuhhu!
Kami yang berposing berlatar belakangkan koleksi
barangan yang diperbuat daripada perak.
Wahh! cantikkan?.. Seni ukiran yang sungguh teliti dan halus..
Piring ini diperbuat daipada jed bersalut emas... pergh!!
Bekas perenjis air mawar yang sungguh cantik!
Bekas ini adalah warisan kerajaan Islam di China.
Koleksi Empayar Moghul.
Rantai leher yang bertatahkan zamrud dan mutiara asli..
Salah satu barangan yang diperbuat daripada emas dan batu permata.
Juga daripada Empayar Moghul.
Rantai leher yang halus buatannya..
agak-agak kalau kat kedai emas berapa RM yea?.. hehe..
Yang ini adalah barangan hiasan orang arab...
Diperbuat daripada perak atau tembaga.
Baju ini adalah baju azimat yang dipakai
oleh tentera kerajaan Uthmaniah semasa berperang.
Jika diperhatikan dengan teliti padanya ditulis senaskah al-quran
dan dibahagian badan tertentu seperti dada, bahu dan perut ditulis dengan zikir tertentu..
Ustazah Hanis yang berlatar belakangkan potret monumen sejarah islam.
Set catur pun penuh dengan ukiran yang halus dan indah..
Replika batu bersurat Terengganu..
Ruang legar yang sungguh cantik dan sejuk mata memandang.
Di atasnya dihiasi dengan kubah terbalik dan diukir dengan indah.
Bergambar di akhir lawatan..
Sebelum berangkat pulang ke IKMKL..
Kepada rakan-rakan yang ingin menyaksikan
koleksi indah dari kerajaan Islam diseluruh dunia bolehlah berkunjung ke sana.
Pastinya anda akan teruja dengan sejarah empayar islam yang hebat!.
Pastinya anda akan teruja dengan sejarah empayar islam yang hebat!.
Sekian.
No comments:
Post a Comment