Tuesday, June 28, 2011

AMAL IBADAT YANG TIDAK MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH

Allah SWT telah menjadikan tujuh Malaikat dan kemudiannya menjadikan pula tujuh petala langit dan tujuh petala bumi. Bagi setiap lapisan langit ada pintunya, dan disetiap pintu itu ditugaskan seorang Malaikat menjaganya.


Setiap amalan manusia akan dibawa oleh Malaikat Hafazah melalui setiap pintu yang dijaga oleh Malaikat penjaga lapisan langit berkenaan. Hanya amalan yang diterima sahaja akan dapat diiringi masuk pintu untuk ke peringkat seterusnya hingga dapat melintasi segenap tujuh lapisan pintu langit. 

Kemudian sekelian Malaikat ikut mengiringi amalan soleh yang diterima. Malaikat-malaikat ini sekeliannya menjadi saksi di atas amalan yang penuh ikhlas dan benar-benar tulus kerana Allah SWT, lalu dibawa ke hadapan Allah SWT. Kekal bahagialah mereka yang diterima segala amalan mereka.

Amalan-amalan yang tidak mendapat keredhaan Allah, dan dilaknat serta ditolak oleh Allah SWT diklasifikasikan ke dalam tujuh golongan seperti berikut:


  • Pengumpat - Di langit Pertama, Malaikat menapis amalan pengumpat. Walaupun amalan seorang manusia itu dilakukan pagi dan petang, siang dan malam, baiknya bersinar-sinar tetapi tidak dibenarkan melepasi pintu kerana hamba Allah itu seorang pengumpat.
  • Meraka Yang Bermegah Dengan Kekayaan Harta Benda - Di langit Kedua pula disaringkan amalan mereka yang bermegah-megah dengan segala kekayaan harta benda dunia. Walaupun amalan manusia itu sangat bersinar-sinar tetapi amalannya berteraskan kepada kebendaan dan bermegah serta mengikut perintah manusia. Mereka ini termasuklah golongan mereka yang mencari pangkat, mencari nama, mencari pujian dengan sanggup melakukan segala apa yang disuruh oleh pihak atasan atau majikannya.
  • Mereka Yang Takabbur - Di langit Ketiga pula ditapis amalan mereka yang mempunyai sifat takabbur, iaitu mereka yang angkuh dan merasakan diri mereka lebih mulia. Biarpun amalannya bercahaya dan cemerlang serta lengkap dengan amalan sedekah, puasa dan sembahyang yang menakjubkan, namun akan ditolak oleh malaikat yang menjaga pintu langit ini atas perintah Allah SWT kerana ibadahnya dicemari dengan sikap takabbur.


  • Mereka Yang Sombong - Di langit Keempat ditapis pula amalan mereka yang mempunyai sikap yang sangat sombong, bongkak dan bangga dengan segala amalan mereka. Walaupun amalannya amat hebat dengan tasbih, solat, umrah, dan haji, malaikat penjaga pintu langit ini akan menolaknya atas perintah Allah SWT kerana amalan ini dicemari dengan perasaan sombong dan bangga.


  • Penghasad Dengki - Di langit Kelima pula di saringkan pula amalan mereka-mereka yang mempunyai sifat hasad dengki sesama makhluk. Manusia yang mempunyai sifat hasad dan dengki sesama manusia akan ditolak amalannya walau bagaimana baik dan cemerlang sekalipun kerana sikap begini dilaknat oleh Allah SWT.




  • Tidak Belas Kasihan dan Menyayangi Sesama Manusia - Di langit Keenam disaring amalan mereka yang tidak mempunyai sifat penyayang dan ikhsan sesama insan. Atas perintah Allah SWT, malaikat penjaga langit ini akan menolak amalan mereka yang tidak mempunyai perasaan belas kasihan serta tidak mengendahkan sesama insan yang menderita, dan ditimpa musibah.
  • Mereka Yang Riak - Di langit Ketujuh disaringkan amalan mereka yang melakukannya dengan perasaan riak iaitu dengan mengharapkan pujian, dan dengan menunjuk-nunjuk diatas segala kelebihan amalannya. Walaupun amalan ini akan diiringi oleh 3000 malaikat tetapi malaikat penjaga langit ini tidak akan melepaskan kerana Allah melarang amalan riak yang menunjuk-nunjuk serta tidak ikhlas kerana Allah.
Nabi Muhammad SAW telah mengajar supaya manusia berbuat sesuatu tulus kerana Allah: walaupun kekurangan amalnya tetapi setiap manusia mesti pastikan segala amal-ibadah dan kebajikannya itu penuh tulus ikhlas kerana Allah Ta'ala semata-mata. Jika tidak, balasan Allah SWT adalah amat pedih. Rasulullah telah memberitahu dan memperingatkan kita supaya menjaga segala amalan dan mengelakkan dari melakukan perkara-perkara yang di murkai Allah SWT. Antara pesanan Baginda adalah seperti berikut:

  • Peliharalah lidahmu. Jangan sekali-kali menjatuhkan kalangan para penanggung Al Quran, iaitu saudara Muslim yang beramal dengan hukum Islam;
  • Jangan meninggikan dirimu dari kalangan sesama saudaramu dan jangan sucikan dirimu dengan mencelakan mereka;
  • Jangan masukkan amal dunia dalam amal akhirat, iaitu jangan utamakan mendapat harta benda dan laba/keuntungan dunia;
  • Jangan sekali-kali mengumpat, membuat fitnah, atau menghina serta menjatuhkan air muka/a'ib orang;
  • Jangan bertakabbur dengan membesarkan diri samaada dengan secara perbuatan, atau perkataaan ataupun dengan air muka dan gerak-geri sekalipun;
  • Jangan menilik-nilik atau menilai pada amalmu;
  • Jangan jadikan manusia takut dengan perangaimu;
  • Jangan berbisik-bisik dengan seseorang apabila ada orang lain di kalangan kamu dan
  • Jangan membesar-besarkan dirimu atas manusia lain.
Baginda memberitahu, " ... jika tidak, nescaya anjing-anjing buas dan ganas akan merobek-robek dan koyak-koyakkan badanmu dalam Neraka ..." Allah juga telah menggambarkan di dalam Al Quran betapa pedih dan dahsyatnya balasan di atas segala amalan kejahatan manusia di Neraka, Akhirat nanti.


Jadi marilah kita sama-sama sentiasa mengingati diri kita sendiri dan sentiasa menyeru kepada kebaikan. Hentikanlah segala perbuatan yang terang-terang di laknat Allah. Jangan sekali-kali kita menegakkan kebenaran manusia hanya kerana kuasa dunia yang sementara. Marilah kita sama-sama insaf bahawa tiada ada suatu apa pun di dunia ini yang kekal, dan setiap manusia tetap akan mati dengan hanya membawa kain kapan serta amalannya sahaja.

p/s - maaf, sumber artikel ini tidak direkod.

Monday, June 27, 2011

Cabaran, cemuhan penguat semangat memperbaiki diri

Ditulis oleh : Ashraf Muslim



Ujian Allah sebagai ingatan supaya bermuhasabah serta menilai kembali perjalanan hidup


 DULU fitnah tersebar oleh perbualan yang kemudian disampaikan, cerita sengaja direka kemudian dihebahkan atau melalui surat layang yang tiada tandatangan pengirimnya. Kini, fitnah disebar melalui teknologi canggih iaitu internet hingga payah untuk menepisnya.
Betul atau tidak, itu bukan cerita pokok tetapi secepat mana fitnah itu tersebar yang menimbulkan kerisauan kerana masyarakat tidak punya masa untuk menilai satu persatu. Sebaliknya, persepsi awal ialah ‘jika tiada angin masakan pokok bergoyang’.Bahaya fitnah ibarat mata pedang yang boleh membunuh. Sayangnya kesan fitnah tidak pernah diberi perhatian sama ada oleh pihak yang menaburnya atau yang suka-suka menjadi penyampai walaupun tidak pernah di suruh.


Saya bangkitkan isu fitnah kerana bersetuju dengan pandangan betapa sekarang mudah sungguh untuk menjatuhkan orang lain melalui cerita tidak benar, ditambah pula cara penyebaran semakin canggih dan sukar untuk mengesan pihak melakukannya. Ironinya, lebih kuat semangat seseorang itu berdepan dengan fitnah dilemparkan terhadapnya, lebih sengit pula serangan datang bertubi-tubi selepas itu terpaksa dihadapi. Ada kala, iblis tidak kacau orang itu tetapi menghasut mereka di sekelilingnya yang suka mencari kelemahan. Ini yang kita tidak perasan. Oleh itu, kita perlu sentiasa berhati-hati kerana dalam yang menyokong, tidak semua suka apa yang kita perjuangkan.






Begitu juga dalam dunia hiburan, fitnah atau bahasa manisnya ‘gosip’ ada memberi kebaikan tetapi kebanyakan masa mendatangkan kerosakan selain memberi aib kepada artis. Apa punca fitnah disebarkan, hanya pihak berkenaan yang tahu. Untuk bercerita adalah perkara biasa yang kita lakukan. Apabila berjumpa rakan dan berkumpul ramai-ramai, ada saja hendak diceritakan hingga ada kala terceritalah kisah orang lain. Maka timbul cerita tidak sepatutnya boleh merosakkan maruah pihak lain. Pembabitan saya dalam bidang perubatan Islam tidak lepas daripada cerita tidak enak yang didengar. 



Masih ada suara yang terus mempertikaikan kemampuan serta kelayakan saya untuk merawat pesakit yang tidak putus-putus datang ke Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah. Saya hanya mampu berserah kepada Allah. Biarpun hati kecewa dengan tanggapan negatif, itu tidak melunturkan semangat saya untuk membantu mereka yang memerlukan dan saya dengan semangat yang ada, berusaha mempertingkatkan pengetahuan mendalami mukjizat al-Quran. 



Hasrat saya, supaya ilmu itu dapat digunakan untuk dimanfaatkan umat Islam. Siapa saya untuk mengaku kelebihan yang ada tetapi menjadi tanggungjawab saya untuk berkongsi ilmu diperoleh supaya orang lain turut merasakan nikmat mendekatkan diri dengan kitab Allah dan menjadikan wahyu-Nya santapan harian kepada jasmani serta rohani. Disebabkan itu, di sebalik rasa terguris dengan tindakan sesetengah pihak mengaitkan kerjaya saya sebagai pelakon sebelum ini dengan pembabitan dalam bidang rawatan menggunakan ayat al-Quran, saya pasrah dan mengharapkan diberi Allah kekuatan. 





Semoga berbekalkan semangat serta hasrat untuk melihat wahyu Allah dan mukjizat al-Quran terus dijadikan pedoman umat Islam, perjuangan ini akan diteruskan. Diharap niat murni saya turut dikongsi mereka yang mendapat petunjuk dan hidayah daripada keazaman mendekatkan diri dengan ilmu al-Quran yang menyimpan banyak rahsia. Bagi yang dimakbulkan Allah doa mereka supaya disembuhkan daripada penyakit dihidapi, janganlah usaha mendekatkan diri kepada Allah berakhir di situ. 


Ujian Allah sebenarnya untuk mengingatkan kita supaya bermuhasabah serta menilai kembali perjalanan hidup yang kita lalui. Ia juga tanda kasih sayang Allah kepada hamba-Nya dan tidak mahu hamba-Nya tersasar daripada syariat agama. Usaha kita berbuat baik akan ada halangannya kerana musuh Allah tidak mahu hamba-Nya mendekatkan diri dengan Penciptanya maka dilakukan apa saja supaya hamba-Nya itu berdepan pelbagai cabaran. Yang pasti, mereka yang kuat dengan izin Allah akan berjaya. 



Oleh itu, jangan berputus asa dan sentiasa bertawakal kepada Allah. Bersama kita hayati sabda Baginda Rasulullah SAW. Daripada Abu Hurairah katanya, bersabda Rasulullah SAW: “Janganlah kamu saling dengki mendengki, janganlah kamu saling tipu menipu, janganlah kamu saling belakang membelakangi dan janganlah kamu menjual di atas jualan setengah daripada kamu dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam adalah saudara kepada orang Islam yang lain, tidak boleh ia menganiayai dan tidak boleh membiarkannya (dalam kehinaan) serta tidak boleh mendustai dan tidak boleh menghinanya. (Nabi berkata sambil menunjukkan ke arah dadanya tiga kali). Sudah cukup banyak kejahatan seseorang itu bahawa ia merendahkan saudara seIslamnya. Sekalian orang Islam atas orang Islam yang lain adalah haram darahnya, hartanya dan kehormatannya.” (Hadis riwayat Muslim) 


Sumber : berita harian 27 Jun 2011




p/s - pesanan buat Ashraf Muslim :-

 bersabarlah menghadapi segala ujian dan dugaan hidup. 

Segala kepahitan yang ditelan pasti ada ganjaran yang manis

 buat hamba yang mencari jalan Nya.

GASTRIK

Semasa saya masa di belajar di universiti dahulu saya kerap terkena gastrik. Bila perut kosong selalulah terasa hendak muntah, kebulur dan lemah seluruh badan. Masa belajar pun terganggu sebab setiap hari reset masa makan mesti on time (dah ler cafeteria yang best tu jauh!.. terpakselah jugakkan..). Perut saya memang tak boleh dibiarkan kosong dan kalau tak saya akan lembik sepanjang hari. Selepas habis belajar, alhamdulillah penyakit gastrik ini semakin berkurangan. Ini kerana kerja saya asyik makan jea.. hehehe.. 



Namun kini, setelah hamil anak kedua penyakit gastrik mula menyerang. Aisey! sekali lagi saya terpaksa makan mengikut masa yang sepatutnya. Contohnya setiap pagi saya kena makan makanan berat iaitu nasi (kalau bihun atau roti konfem tak jalan..). Sebelah tengahari mesti nasi juga dan petang atau malam boleh la makan bihun atau mee.. Hmm.. kekadang naik rimas jugak la kan asyik kena makan makanan berat jea. 





Sampailah baru-baru ini selepas pulang melawat zoo di Lanchang, Pahang, (saya ada masukkan entry mengenainya sebelum ini) badan saya kembali segar dan sihat. Masa tu saya berjalan jauh sampai terlupa hendak makan. Namun perut saya lambat terasa lapar dan tidak masuk angin. Owh! barulah saya tersedar, rupa-rupanya untuk mengatasi masalah gastrik ini adalah dengan mengamalkan senaman. Senaman pula tak perlulah terlampau berat sampai semput-semput. Cukuplah sekadar berjalan 300m atau lebih daripada itu setiap hari. Insyaallah badan kembali sihat dan normal.


Kini, setiap pagi saya mengamalkannya dan seronok tau bila badan berpeluh...(pastu semburlah perfume lebih skit... hehehe....Alamak! menyesalnya saya tak bersenam semasa belajar di universiti dahulu... )



p/s - Selamat mencuba kepada para pembaca 
yang mengalami gastrik seperti saya.. 
Semoga anda kembali sihat dan cergas
 seperti muda-muda dahulu.. 


Tuesday, June 21, 2011

TIPS MENJAGA GIGI

Pada entry kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tips menjaga gigi.
 Gigi kita ini adalah salah satu aksesori utama yang menghiasi wajah kita.
 Jadi ia perlulah dijaga dengan rapi daripada kecil lagi 
supaya gigi yang cantik dan sihat 
akan menambahkan lagi kejelitaan wajah kita... 
chewwah~!~!


Okay!! tipsnya ialah :

1. Gosok gigi setiap hari luar dan dalam. Ingat tu! LUAR dan DALAM..
Salah satu tanda kita gosok keseluruhan gigi ialah berus gigi sekejap jea akan rosak...
 (berus rosak takpe asal gigi kite makin sihat.. yea tak?)


2. Seminggu sekali ambil tuala good morning basahkan dengan air suam
 (air biase pun boleh jugak..) kesat keseluruhan gigi... 
Tengok mesti ader warne kuning akan melekat pada tuala.. 
yark! itulah daki-daki yang masih melepak di gigi anda.


3. Sentiasa gunakan floss untuk membersih seluruh celah-celah gigi anda..
Amalkan setiap hari lagi bagus terutama selepas gosok gigi atau lepas makan...
Kalau anda perasan sebenarnya selepas kite memberus gigi, 
celah-celah gigi masih belum bersih..


4. Pastikan at least setahun sekali check gigi dan jangan lupa buat scaling..
Alah! ngilu sket jea tapi hasilnya fuhh!! fantastic......muhahaha!! 


Selamat mencuba yea!!..

 Gigi anda pasti cantik, sihat dan berseri-seri..woww!!





p/s - Selalulah menilik gigi anda di cermin... jangan asyik tengok jerawat jea tau!!...



Saturday, June 11, 2011

BATUK

Sejak 2, 3 hari lepas saya menghidap batuk selsema yang teruk. Sampai suara hilang terus dan terasa tekak amat perit untuk menelan. Ubat batuk yang diberi oleh doktor nampaknya kurang berkesan kerana ia hilang sekejap sahaja dan kemudian batuk menyerang kembali. Nasib baik anak saya Aqil batuk tidak begitu teruk walaupun dia yang menyebarkan virus ini kepada saya. Manakala antibodi suami agak kuat kerana tidak dijangkiti batuk daripada saya dan anak.


Inilah salah satu nikmat yang ditarik oleh Allah buat seketika waktu. Namun ia cukup membuatkan saya berasa tidak selesa untuk bercakap, bekerja dan apatah lagi menguruskan rumahtangga. Mungkin inilah peringatan daripada Allah supaya kita sentiasa bersyukur akan segala nikmat kesihatan yang diberi selama ini. Saya mencari petua daripada internet untuk mengatasi penyakit ini.   Amalannya  ialah minum air suam yang dicampur dengan perahan lemon, madu dan gula batu. Insyaallah! saya akan cuba petua tersebut. Moga-moga batuk saya akan berkurangan dan sembuh dengan segera.