Monday, June 27, 2011

GASTRIK

Semasa saya masa di belajar di universiti dahulu saya kerap terkena gastrik. Bila perut kosong selalulah terasa hendak muntah, kebulur dan lemah seluruh badan. Masa belajar pun terganggu sebab setiap hari reset masa makan mesti on time (dah ler cafeteria yang best tu jauh!.. terpakselah jugakkan..). Perut saya memang tak boleh dibiarkan kosong dan kalau tak saya akan lembik sepanjang hari. Selepas habis belajar, alhamdulillah penyakit gastrik ini semakin berkurangan. Ini kerana kerja saya asyik makan jea.. hehehe.. 



Namun kini, setelah hamil anak kedua penyakit gastrik mula menyerang. Aisey! sekali lagi saya terpaksa makan mengikut masa yang sepatutnya. Contohnya setiap pagi saya kena makan makanan berat iaitu nasi (kalau bihun atau roti konfem tak jalan..). Sebelah tengahari mesti nasi juga dan petang atau malam boleh la makan bihun atau mee.. Hmm.. kekadang naik rimas jugak la kan asyik kena makan makanan berat jea. 





Sampailah baru-baru ini selepas pulang melawat zoo di Lanchang, Pahang, (saya ada masukkan entry mengenainya sebelum ini) badan saya kembali segar dan sihat. Masa tu saya berjalan jauh sampai terlupa hendak makan. Namun perut saya lambat terasa lapar dan tidak masuk angin. Owh! barulah saya tersedar, rupa-rupanya untuk mengatasi masalah gastrik ini adalah dengan mengamalkan senaman. Senaman pula tak perlulah terlampau berat sampai semput-semput. Cukuplah sekadar berjalan 300m atau lebih daripada itu setiap hari. Insyaallah badan kembali sihat dan normal.


Kini, setiap pagi saya mengamalkannya dan seronok tau bila badan berpeluh...(pastu semburlah perfume lebih skit... hehehe....Alamak! menyesalnya saya tak bersenam semasa belajar di universiti dahulu... )



p/s - Selamat mencuba kepada para pembaca 
yang mengalami gastrik seperti saya.. 
Semoga anda kembali sihat dan cergas
 seperti muda-muda dahulu.. 


3 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kakak pun percaya dgn senaman kita boleh mengatasainya. Bukan saja gastrik Fifiah. Sebab dulu kakak selalu lesu badan bila bangun pagi tapi bila selalu exercise, ia nampaknya telah hilang...

Unknown said...

btul tu kak zie... bile kite amalkan senaman, badan akan semakin cergas kerana sistem perkumuhan, proses pencernaan dan lain-lain akan berjalan lancar.

efa fairuz said...

setuju! bila exercise, sy perasan, badan sy akan keluarkan angin dgn banyak, selalunya mmg akan sendawa banyak..

so far, gastrik sy dah berkurang sekarang.. tp bila terlampau sibuk, tak sempat nak jaga makan minum, tak sempat exercise, gastrik cepat dtg..sbb one of the reason, doktor ckp, gastrik senang kena bila kita stress..