Saturday, June 11, 2011

BATUK

Sejak 2, 3 hari lepas saya menghidap batuk selsema yang teruk. Sampai suara hilang terus dan terasa tekak amat perit untuk menelan. Ubat batuk yang diberi oleh doktor nampaknya kurang berkesan kerana ia hilang sekejap sahaja dan kemudian batuk menyerang kembali. Nasib baik anak saya Aqil batuk tidak begitu teruk walaupun dia yang menyebarkan virus ini kepada saya. Manakala antibodi suami agak kuat kerana tidak dijangkiti batuk daripada saya dan anak.


Inilah salah satu nikmat yang ditarik oleh Allah buat seketika waktu. Namun ia cukup membuatkan saya berasa tidak selesa untuk bercakap, bekerja dan apatah lagi menguruskan rumahtangga. Mungkin inilah peringatan daripada Allah supaya kita sentiasa bersyukur akan segala nikmat kesihatan yang diberi selama ini. Saya mencari petua daripada internet untuk mengatasi penyakit ini.   Amalannya  ialah minum air suam yang dicampur dengan perahan lemon, madu dan gula batu. Insyaallah! saya akan cuba petua tersebut. Moga-moga batuk saya akan berkurangan dan sembuh dengan segera. 

6 comments:

Nora Shahaira said...

akak nora pun tengah batuk perit...sebelum ni hilang suara..minggu lepas sakit tekak. ntah bila nak sihat sepenuhnya...sabar je la...jgn lupa jaga diri ya..cuaca sekarang mcm2

zino said...

kena cari ubat tu banyak virus berkeliaran sekarang ni.. semuga cepat sembuh

suha said...

semoga cepat sembuh (^_^)

Pustaka NurIman said...

cpt sembuh ya...moga terhapus dosa2 kecil kita

Blogger said...

Allah beri kita sakit sebab dia sayangkan kita supaya kita beringat dan kerana hendak menghapuskan dosa kita. Supaya kita ambil masa sebentar mengingati Dia. :)

Furniture Repairs Canton said...

I enjoyed rreading your post