Allah SWT telah menjadikan tujuh Malaikat dan kemudiannya menjadikan pula tujuh petala langit dan tujuh petala bumi. Bagi setiap lapisan langit ada pintunya, dan disetiap pintu itu ditugaskan seorang Malaikat menjaganya.
Setiap amalan manusia akan dibawa oleh Malaikat Hafazah melalui setiap pintu yang dijaga oleh Malaikat penjaga lapisan langit berkenaan. Hanya amalan yang diterima sahaja akan dapat diiringi masuk pintu untuk ke peringkat seterusnya hingga dapat melintasi segenap tujuh lapisan pintu langit.
Kemudian sekelian Malaikat ikut mengiringi amalan soleh yang diterima. Malaikat-malaikat ini sekeliannya menjadi saksi di atas amalan yang penuh ikhlas dan benar-benar tulus kerana Allah SWT, lalu dibawa ke hadapan Allah SWT. Kekal bahagialah mereka yang diterima segala amalan mereka.
Amalan-amalan yang tidak mendapat keredhaan Allah, dan dilaknat serta ditolak oleh Allah SWT diklasifikasikan ke dalam tujuh golongan seperti berikut:
- Pengumpat - Di langit Pertama, Malaikat menapis amalan pengumpat. Walaupun amalan seorang manusia itu dilakukan pagi dan petang, siang dan malam, baiknya bersinar-sinar tetapi tidak dibenarkan melepasi pintu kerana hamba Allah itu seorang pengumpat.
- Meraka Yang Bermegah Dengan Kekayaan Harta Benda - Di langit Kedua pula disaringkan amalan mereka yang bermegah-megah dengan segala kekayaan harta benda dunia. Walaupun amalan manusia itu sangat bersinar-sinar tetapi amalannya berteraskan kepada kebendaan dan bermegah serta mengikut perintah manusia. Mereka ini termasuklah golongan mereka yang mencari pangkat, mencari nama, mencari pujian dengan sanggup melakukan segala apa yang disuruh oleh pihak atasan atau majikannya.
- Mereka Yang Takabbur - Di langit Ketiga pula ditapis amalan mereka yang mempunyai sifat takabbur, iaitu mereka yang angkuh dan merasakan diri mereka lebih mulia. Biarpun amalannya bercahaya dan cemerlang serta lengkap dengan amalan sedekah, puasa dan sembahyang yang menakjubkan, namun akan ditolak oleh malaikat yang menjaga pintu langit ini atas perintah Allah SWT kerana ibadahnya dicemari dengan sikap takabbur.
- Mereka Yang Sombong - Di langit Keempat ditapis pula amalan mereka yang mempunyai sikap yang sangat sombong, bongkak dan bangga dengan segala amalan mereka. Walaupun amalannya amat hebat dengan tasbih, solat, umrah, dan haji, malaikat penjaga pintu langit ini akan menolaknya atas perintah Allah SWT kerana amalan ini dicemari dengan perasaan sombong dan bangga.
- Penghasad Dengki - Di langit Kelima pula di saringkan pula amalan mereka-mereka yang mempunyai sifat hasad dengki sesama makhluk. Manusia yang mempunyai sifat hasad dan dengki sesama manusia akan ditolak amalannya walau bagaimana baik dan cemerlang sekalipun kerana sikap begini dilaknat oleh Allah SWT.
- Tidak Belas Kasihan dan Menyayangi Sesama Manusia - Di langit Keenam disaring amalan mereka yang tidak mempunyai sifat penyayang dan ikhsan sesama insan. Atas perintah Allah SWT, malaikat penjaga langit ini akan menolak amalan mereka yang tidak mempunyai perasaan belas kasihan serta tidak mengendahkan sesama insan yang menderita, dan ditimpa musibah.
- Mereka Yang Riak - Di langit Ketujuh disaringkan amalan mereka yang melakukannya dengan perasaan riak iaitu dengan mengharapkan pujian, dan dengan menunjuk-nunjuk diatas segala kelebihan amalannya. Walaupun amalan ini akan diiringi oleh 3000 malaikat tetapi malaikat penjaga langit ini tidak akan melepaskan kerana Allah melarang amalan riak yang menunjuk-nunjuk serta tidak ikhlas kerana Allah.
Nabi Muhammad SAW telah mengajar supaya manusia berbuat sesuatu tulus kerana Allah: walaupun kekurangan amalnya tetapi setiap manusia mesti pastikan segala amal-ibadah dan kebajikannya itu penuh tulus ikhlas kerana Allah Ta'ala semata-mata. Jika tidak, balasan Allah SWT adalah amat pedih. Rasulullah telah memberitahu dan memperingatkan kita supaya menjaga segala amalan dan mengelakkan dari melakukan perkara-perkara yang di murkai Allah SWT. Antara pesanan Baginda adalah seperti berikut:
- Peliharalah lidahmu. Jangan sekali-kali menjatuhkan kalangan para penanggung Al Quran, iaitu saudara Muslim yang beramal dengan hukum Islam;
- Jangan meninggikan dirimu dari kalangan sesama saudaramu dan jangan sucikan dirimu dengan mencelakan mereka;
- Jangan masukkan amal dunia dalam amal akhirat, iaitu jangan utamakan mendapat harta benda dan laba/keuntungan dunia;
- Jangan sekali-kali mengumpat, membuat fitnah, atau menghina serta menjatuhkan air muka/a'ib orang;
- Jangan bertakabbur dengan membesarkan diri samaada dengan secara perbuatan, atau perkataaan ataupun dengan air muka dan gerak-geri sekalipun;
- Jangan menilik-nilik atau menilai pada amalmu;
- Jangan jadikan manusia takut dengan perangaimu;
- Jangan berbisik-bisik dengan seseorang apabila ada orang lain di kalangan kamu dan
- Jangan membesar-besarkan dirimu atas manusia lain.
Baginda memberitahu, " ... jika tidak, nescaya anjing-anjing buas dan ganas akan merobek-robek dan koyak-koyakkan badanmu dalam Neraka ..." Allah juga telah menggambarkan di dalam Al Quran betapa pedih dan dahsyatnya balasan di atas segala amalan kejahatan manusia di Neraka, Akhirat nanti.
Jadi marilah kita sama-sama sentiasa mengingati diri kita sendiri dan sentiasa menyeru kepada kebaikan. Hentikanlah segala perbuatan yang terang-terang di laknat Allah. Jangan sekali-kali kita menegakkan kebenaran manusia hanya kerana kuasa dunia yang sementara. Marilah kita sama-sama insaf bahawa tiada ada suatu apa pun di dunia ini yang kekal, dan setiap manusia tetap akan mati dengan hanya membawa kain kapan serta amalannya sahaja.
Jadi marilah kita sama-sama sentiasa mengingati diri kita sendiri dan sentiasa menyeru kepada kebaikan. Hentikanlah segala perbuatan yang terang-terang di laknat Allah. Jangan sekali-kali kita menegakkan kebenaran manusia hanya kerana kuasa dunia yang sementara. Marilah kita sama-sama insaf bahawa tiada ada suatu apa pun di dunia ini yang kekal, dan setiap manusia tetap akan mati dengan hanya membawa kain kapan serta amalannya sahaja.
p/s - maaf, sumber artikel ini tidak direkod.
5 comments:
semoga kita dijauhkan dari golongan yang dilaknat ALLAH.. thanx kerana mengingatkan kita sesama manusia yang sentiasa alpa dengan hal2 duniawi ini...
Assalamualaikum Fifah
Alhamdulillah
Syukur, masih ada insan yg mengingati saya
terima kasih
Wassalam
mau minta artikel ini dan disebarluas boleh?
huhuhuhu
moga2 pahala berpanjangan...
semoga kita mendapat memperbaiki lebih baik lagi, isi waktu kita denagan hal-hal yang bermanfaat, berbicara dengan isi-isi percakapan yang bermanfaat
Sumber tu ade jugak dalam buku fadilat bulan rejab, syaaban dan ramadhan oleh Budiman Radzi.
Post a Comment