Sudah hampir 2 minggu saya demam, batuk dan selsema. Demam sudah kebah namun selsema dan batuk masih belum baik. Agaknya virus itu sudah membina istananya di dalam peparu saya.. hihi.. Ubat batuk sudah habis sebotol diminum dan ubat selsema hampir sepapan sudah habis. Batuk saya masih begitu malah semakin teruk pada waktu malam. Tepaksalah saya menyapu minyak buah pala yang panas di belakang, dada dan tekak, Alhamdulillah! ia lega buat sementara. Ahad lepas saya diserang sakit gigi yang meyebabkan kepala dan telinga turut terasa sakit. Jenuh kami mencari klinik gigi yang dibuka pada hari tersebut malangnya ia pencarian yang sia-sia. Hampir kesemua klinik gigi di Desa Pandan, Bandar Baru Ampang dan sekitar Wangsa Walk tutup. Saya terpaksa menelan panadol untuk melegakan kesakitan yang berdenyut-denyut ditambah pula dengan batuk dan selsema yang sedia ada. Semua ini ujian dan dugaan Allah buat saya. Pastinya ada hikmah. Insyaallah!
Saya berdoa agar kesihatan saya kembali pulih. Tidak mahu batuk dan selsema lagi. Saya juga berharap dapat berjumpa doktor gigi secepat mungkin. Sudah lama rasanya saya tidak sakit gigi. Kali terakhir semasa di sekolah rendah. Kemudian di usia ke-30 ini sakit gigi kembali menyerang akibat tampalan yang lama sudah tercabut. Ahad lepas juga setelah saya gagal mencari klinik gigi yang beroperasi pada hari tersebut saya mengubah niat untuk membuat cermin mata yang baru. Cermin mata saya sudah terlalu uzur. Pandangan saya berbalam-balam disebabkan 'power' kanta yang sudah lama tidak ditukar. Namun ia hampa kerana dimaklumkan oleh optometris di situ tidak boleh membuat pemeriksaan mata jika selsema atau demam. Selsema akan menyebabkan 'power kanta' berubah kerana kesan daripada ubat yang dimakan. Ubat menyebabkan anak mata sedikit membesar dan akan menjejaskan 'power kanta' yang sebenar.
Saya berdoa agar Allah berikan kesihatan yang baik secepat mungkin agar saya dapat menjalani kehidupan yang lebih baik. Namun begitu saya masih teringat tazkirah yang disampaikan oleh Prof Muhaya iaitu setiap ujian atau kesakitan yang ditimpakan ke atas setiap insan adalah penghapus segala dosa. Walaupun sekadar selsema, ia akan menghapuskan dosa semalam.Saya yakin setiap yang Allah takdirkan ada hikmah dan tujuannya. Insyaallah!
2 comments:
yup..sumenyer ade hikmah kan..
take care dear!
kak fifah.. take care!!
Post a Comment