Bulan Syawal datang dan hampir berlalu. Saya sempat berpuase ganti hanya 3 hari sahaja di dalam bulan yang mulia ini. Minggu ke 3 selepas raya saya berkursus selama seminggu di Pulau Pinang. Pulang sahaja daripada berkursus di Penang saya sekeluarga demam batuk dan selsema yang agak teruk.
Baby Qaisara start demam hari Ahad sampai saya balik berkursus pada hari Khamis masih belum kebah. Kesian sangat, mungkin dia tercari-cari ibu sebab tak pernah kena tinggal lagi sebelum ni. Sampai hari ni Qaisara masih selsema dan saya juga masih batuk, selsema yang memeritkan tekak. Saat ini dunia terasa sungguh sempit kerana telinga berdengung, hidung tak de deria bau, mata memang sedia rabun ditambah pula dengan mulut terasa pahit dan suara garau mengalahkan suara suami.. uhhuhu!

Kerja kat Ofis memang tak payah cerita akibat cuti yang berpanjangan ditambah pula dengan minggu akitiviti pada minggu ni yang menyebabkan saya rasa nak pening-pening lalat.. Semalam pula saya baru tersedar yang kemungkinan saya tertipu dengan agen membuat kitchen kabinet. Duit dah beribu dibayar namun mereka menghilang begitu sahaja.
Aduh! terasa sesak dada dibuatnya. Saya termenung panjang. Setiap tahun mesti ada dugaan hebat yang terpaksa dihadapi. Saya menelan semua kepahitan ini dengan Redha..Memang senang diungkap namun menghadapinya memerlukan suatu 'kekuatan' dari Yang Maha Esa. Ya Allah! berikanlah kekuatan untuk kami menghadapi semua ini. Saya kuatkan hati cakap pada diri sendiri "Sabarlah wahai hati, aku yakin semua yang berlaku ada hikmahnya". ulang banyak-banyak kali.

Saya merenung beberapa ayat Al-quran berikut, saya akur apa yang kami ada pada hari ini adalah pinjaman daripada Allah s.w.t sahaja :
الم
* أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا
يُفْتَنُونَ * وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ
فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ
”Alif Laam Miim. Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi ? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta” [QS. Al-Ankabuut : 1-3].
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ
بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الأمْوَالِ وَالأنْفُسِ
وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ
”Dan
sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu dengan sedikit ketakutan,
kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berikanlah
berita gembira kepada orang-orang yang sabar” [QS. Al-Baqarah : 155].
وَاعْلَمُوا أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلادُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
”Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar” [QS. Al-Anfaal : 28].
Semalam juga Jamuan hari raya di IKMKL diadakan. Namun terasa hambar walaupun juadahnya membuka selera. Nasi yang ditelan terase macam tawar dan hambar ditambah pula dengan kesihatan yang tidak berapa baik dalam 3,4 hari ini.
Ayat di atas disemat di dalam hati. Dalam ayat berikut saya highlight kan ayat harta kerana hampir setiap tahun kami diuji dengan hartayang tak seberapa namun saya terus berdoa agar Allah s.w.t akan memberikan berita gembira buat hambaNya yang bersabar. Insyaallah! Namun saya tetap bersyukur kerana walaupun kami diuji dengan harta namun ia sentiasa mencukupi. Tidak pernah sekali kami kebulur atau terpaksa meminjam wang daripada orang lain. Alhamdulillah! itu sudah mencukupi dan mungkin Allah ingin menunjukkan "sesuatu pengajaran dan hikmah" kepada kami selama ini.
Ayat di atas disemat di dalam hati. Dalam ayat berikut saya highlight kan ayat harta kerana hampir setiap tahun kami diuji dengan harta
Namun dalam melayani perasaan yang gundah gelana saya semalam, dengan izin Allah saya menemui satu blog yang cukup-cukup menginsafkan saya sebagai seorang isteri dan seorang ibu. Blog ini berkisarkan kehidupan seorang ibu tunggal yang masih muda, lebih muda daripada saya saya agak usia beliau dalam 28 tahun. Suaminya meninggal dunia selepas kelahiran cahayamata yang kedua iaitu pada 1 Mac 2011 akibat kemalangan jalanraya.
Beliau mengabadikan kisah membesarkan 2 orang permata hati tanpa kehadiran seorang suami yang cukup mencabar. Kisahnya yang bersahaja lahir dari hati benar-benar menyentuh hati nurani saya sebagai seorang isteri dan ibu. Anda boleh mengikuti kisah beliau di sini.
Ya! ia menyedarkan saya bahawa saya perlu bersyukur pada saat ini walau saya diuji dengan harta namun saya masih ada suami dan anak-anak disisi. Mereka adalah segala-galanya jauh lebih penting daripada wang ringgit. Saya tersedar bahawa ada insan lain yang lebih susah dan lebih tabah daripada saya. Maka saya seharusnya lebih tabah di atas segala ujian dan bersyukur serta redha kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk meniti hari bersama suami dan anak-anak pada saat ini.
Terima kasih wahai mawarnafastari. Teruskan menulis wahai sahabat mayaku kerana coretanmu membuatkan diriku tersedar daripada lamunan hidup. Semoga dirimu tabah mengharungi segala ujian di dunia yang sementara ini. Semoga Allah menyatukan cinta kalian kembali di syurga Firdaus. Amin..

1 comment:
salam singgah pagi..
betul tu dik..ALLAH takkan beri ujian pd hambaNya yg x berkemampuan..pasti ada hikmah selepas setiap ujian yg diberi..insyaallah..semoga terus sabar dan tabah menghadapi ujianNya
nice pic..sedondon warna merun eh..
Post a Comment