Thursday, September 20, 2012

GUBAHAN HANTARAN

Gubahan hantaran memang menjadi minat saya semenjak saya berkahwin pada tahun 2007. Ini bukanlah bermakna saya seorang yang pakar menggubah, cuma saya sangat teruja apabila diberi peluang untuk menggubah hantaran. Pada 23 Ogos lepas keluarga saya mengadakan kenduri kesyukuran sempena perkahwinan adik saya (adik yang ke-7daripada 10) dengan pasangannya berketurunan arab dari Iraq. 

Majlis pernikahan telah diadakan 2 minggu sebelumnya. Saya telah dipaksa rela untuk menyiapkan 10 bekas hantaran dalam masa sehari. Ia sangat memenatkan minda untuk mencari idea untuk menggubah. Biasanya saya akan membuat gubahan sebekas sehari itupun pada hari minggu sahaja. Gubahan hantaran ini biasa dibuat 2 atau 3 bulan sebelum majlis berlangsung. Jadi hasilnya agak memuaskan setelah membuat banyak sentuhan dalam masa yang panjang. 

Namun majlis perkahwinan versi melayu arab ini diadakan secara ringkas sahaja dan gubahan hantaran yang dibuat sekadar memenuhi adat melayu tanpa diiringi adat pantai timur iaitu acara "berlarak" dan "mengenal"- Memang rugi :P. Adat 'berlarak' ialah adat yang biasa dilakukan oleh kebanyakan kita iaitu mengiringi pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan sambil diiringi dengan junjungan bekas-bekas hantaran yang meriah. Manakala adat 'mengenal' pula ialah pihak pengantin perempuan bersalam dengan rombongan 'berlarak' tadi (wanita sahaja) sambil memberikan wang mengenal. Sebab itu memang rugi kalau adat tersebut tidak diadakan (hehee..). 

Ini di antara bekas gubahan yang telah digubah oleh saya turut dibantu (dengan banyak komen)  oleh adik-adik dan kakak saya.

Hantaran bagi pihak pengantin lelaki.

Baju kemeja dan seluar.


 Sepasang baju melayu. Macam tak pakai jea.


 Satu set minyak wangi.


 Sepasang kasut gergasi.. hehe...

Eh! Satu bekas coklat terlupa untuk dirakamkan.


Hantaran bagi pihak pengantin perempuan.
 Sebekas hantaran beg tangan wanita.


 Sepasang kain sembahyang.

 Sepasang jubah dari Syria.


 Sepasang kasut bertemakan cinta dalam taman. Chewwah!


 Satu set mandian untuk pengantin perempuan.


Semua hantaran ini adalah menyamar jea, sebab semuanya digubah oleh saya dan diletakkan di ruang tamu sahaja sebagai hiasan pada hari majlis tersebut.



 Selamat pengantin baru buat Nursyamimi dan Mustafa Al Hayani.



Hiasan bilik pengantin ini dibuat oleh kakak saya. Semuanya budget sebab pengantin perempuan tu belum habis belajar.



 Pihak rombongan pengantin lelaki yang diiringi oleh kawan-kawan dari UIA.



Salah seorang abang beliau yang datang daripada Iraq untuk meraikan perkahwinan mereka.


Tahniah dan selamat pengantin baru buat kalian. Jangan lupa habiskan master tu walaupun dah kahwin. (Sempat lagi membebel dah namanya kakak.. )
.
.
.
.
Sekian.

1 comment:

Unknown said...

x sabar nk tgk anak deorg konfom comel gilers..hehe..eh2..dh ckp pasal ank plak..

papepon tahniah..semoga kekal ke akhir hayat!