Satu ketika di zaman Nabi Muhammad S.A.W, terdapat seorang perompak
jalanan yang terkenal. Setiap selepas tengah malam, dia akan menangkap
dan merompak sesiapa sahaja yang ditemuinya berjalan berseorangan.
Kadangkala, dia akan memukul dan membunuh orang yang dirompaknya.
Selepas merompak, dia terus pulang ke rumah. Tidak ada seorang pun yang
mampu menangkap lelaki tersebut. Disebabkan kekejamannya, Nabi S.A.W
telah berkata dengan perasaan marah tentang lelaki tersebut: “Orang tu
jahat, jika dia meninggal, aku tidak akan menyembahyangkan dan
mengkebumikannya di tanah perkuburan orang Muslim”.
Selepas beberapa tahun, lelaki tersebut meningggal dunia. Dia mempunyai
seorang anak perempuan. Malangnya, anak perempuannya tidak menemui
seorang pun yang boleh membantunya menguruskan jenazah ayahnya.
Disebabkan Nabi S.A.W pernah mencela perbuatan ayahnya tidak akan
menyembahyangkan dan mengkebumikannya di tanah perkuburan orang Muslim,
budak-budak nakal telah membawa jenazah tersebut melalui jalan Madina
dan membuangnya ke dalam sebuah perigi kosong serta kering. Sebaik
sahaja jenazah itu dibuang, Allah telah berfirman kepada Nabi Muhammad
S.A.W dan berkata, “Ya Habibi ya Muhammad! Wahai kekasih Ku Nabi S.A.W,
hari ini seorang daripada wali Ku telah meninggal dunia. Kamu mesti
pergi dan memandikannya, mengkafankannya, menyembahyangkkannya serta
mengkebumikannya.”
Nabi S.A.W terkejut, sepanjang hidupnya dia telah mencela lelaki
tersebut. Sekarang apabila lelaki tersebut meninggal dunia, Allah
memberitahu baginda bahawa lelaki tersebut sebenarnya adalah wali-Nya.
Bagaimana dia boleh menjadi wali? Sesungguhnya tidak ada seorang pun
yang dapat mencampuri urusan pengetahuan Allah, walaupun Nabi S.A.W.
Allah berkata kepada Nabi S.A.W, “Ya Rasulullah, pergi dapatkan dia
dan bersihkan dia.” Dengan serta merta, Nabi S.A.W memanggil Saidina Abu
Bakar as-Siddiq dan berkata, “Wahai Abu Bakar, kita perlu pergi dan
dapatkan ‘lelaki’ tersebut. Abu Bakar berkata, “Ya Rasulullah, kamu
pernah berkata yang kamu tidak akan mengkebumikan lelaki tersebut di
tanah perkuburan orang Islam, dia bukan seorang muslim!” Nabi S.A.W
berkata, “Tidak, tinggalkan persoalan Muslim. Allah memberitahuku hari
ini yang lelaki tersebut adalah seorang wali!”
Apa yang telah dilakukan oleh perompak tersebut sepanjang hidupnya
sehingga dia boleh menjadi seorang wali? Sepanjang hidupnya, dia telah
membunuh, merompak dan mencuri. Nabi S.A.W pergi ke perigi tersebut,
mengambil mayat lelaki tersebut dengan tangan baginda sendiri, dan
membawanya pulang ke rumahnya dengan sahabat-sahabatnya. Kemudian,
baginda membersihkannya, memandikannya, mengkafankannya,
menyembahyangkannya dan seterusnya membawa jenazah lelaki tersebut
daripada masjid Nabi S.A.W. ke Jannat ul-Baqi. Jarak perjalanan dari
masjid ke Jannat ul-Baqi ialah 15 minit jika berjalan kaki. Namun
begitu, Nabi S.A.W mengambil masa lebih daripada dua jam untuk sampai
dari tempat yang pertama ke tempat yang kedua. Semua sahabat-sahabat
baginda berasa hairan apabila melihat cara Rasulullah S.A.W. berjalan.
Dengan tangan baginda sendiri baginda telah membersihkan lelaki
tersebut, memandikannya dan menyembahyangkannya. Semasa baginda membawa
jenazah tersebut ke tanah perkuburan, baginda berjalan menggunakan jari
kakinya (secara mengjinjat). Lantas sahabat-sahabat baginda bertanya,
“Wahai Rasulullah, kenapakah engkau berjalan sedemikian?” Baginda
menjawab, “Allah telah memerintahkan semua wali daripada timur dan
barat, dan semua malaikat daripada tujuh syurga dan semua kerohanian
hadir dan mengiringi jenazah ini. Mereka semua terlalu ramai dan
memenuhi jalan, dan aku tidak mempunyai tempat untuk meletakkan kakiku.
Sepanjang hidup aku, tidak pernah aku terkejut seperti hari ini.”
Selepas mengkebumikan lelaki tersebut, Nabi S.A.W tidak bercakap
dengan sesiapapun sebaliknya baginda terus pulang ke rumah dengan badan
yang terketar-ketar. Baginda duduk dengan Saidina Abu Bakar dan bertanya
kepada diri baginda tentang apa yang telah dilakukan oleh wali
tersebut; menjadi perompak sepanjang hidupnya tetapi mendapat
pengiktirafan yang cukup tinggi dari Allah. Saidina Abu Bakar berkata,
“Wahai Rasulullah, aku berasa malu untuk bertanyakan tentang apa yang
telah aku saksikan hari ini, ia sesuatu yang menghairankan.” Kemudian,
Nabi S.A.W. menjawab,” Wahai Abu Bakar, aku lebih terkejut dari kamu,
dan aku sedang menunggu kehadiran Jibril dan memberitahuku apa yang
telah berlaku”
Apabila Jibril datang, Nabi S.A.W berkata,” Wahai Jibril, apakah yang
sebenarnya berlaku?” Jibril menjawab,” Wahai Nabi S.A.W., janganlah
engkau bertanya aku. Aku juga hairan sepertimu. Oleh sebab itu, jangan
berasa hairan kerana Allah boleh lakukan apa sahaja yang orang lain
tidak dapat lakukan dan Dia memberitahu kamu untuk bertanyakan anak
lelaki tersebut tentang apa yang telah dilakukannya semasa hanyatnya.”
Dengan serta-merta dan ditemani oleh Saidina Abu Bakar, Nabi S.A.W.
dengan sendirinya pergi ke rumah perompak tersebut. Nabi S.A.W. dengan
rendah diri meletakkan kuasa dan statusnya sebagai manusia paling
sempurna yang dicintai Allah pergi ke rumah perompak tersebut untuk
bertanyakan apa yang telah dilakukan oleh ayahnya semasa hanyatnya:
“Wahai anakku, sila ceritakan kepadaku bagaimanakah kehidupan ayahmu.”
Anak perempuan lelaki tersebut berkata, “Wahai Rasulullah, aku begitu
malu dengan apa yang akan aku ceritakan kepada kamu. Ayahku seorang
pembunuh, seorang pembunuh. Aku tidak pernah melihat dia melakukan
sebarang kebaikan. Dia akan merompak dan mencuri siang dan malam kecuali
satu bulan. Apabila bulan tersebut tiba, dia akan berkata: “Bulan ini
adalah bulan Tuhanku, kerana ayahku pernah mendengar engkau berkata,
Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulan Nabi S.A.W. dan Ramadhan
adalah bulan umat Muhammad.” Kemudian ayahku berkata lagi, “Aku tidak
kisah dengan bulan Nabi S.A.W. atau bulan umat Muhammad, kecuali bulan
Tuhanku. Oleh sebab itu aku akan duduk di dalam bilikku bersendiriaan,
dan bersuluk sepanjang bulan ini.
Nabi S.A.W bertanya kepada anak perempuan itu lagi, “Apakah jenis
suluk yang dia telah lakukan?” Dia menjawab,” Wahai Rasulullah, satu
hari ketika ayahku sedang berjalan untuk mencari seseorang yang boleh
dirompaknya, dia bertemu dengan seorang lelaki tua yang berumur 70 ke 80
tahun. Lantas ayahku memukulnya sehingga pengsan, dan kemudiannya
merompaknya. Dia menemui sehelai kertas kecil yang tergulung pada orang
tua tersebut. Kemudian, dia membukanya dan mendapati di dalamnya ada
satu doa. Ayahku amat gembira dengan doa tersebut. Setiap tahun, apabila
datang bulan Rejab bulan Allah , ayahku akan duduk bersendirian dan
membaca doa tersebut siang dan malam, menangis dan membaca, kecuali
keluar untuk makan dan membersihkan diri. Apabila bulan Rejab berakhir,
dia akan bangun dan berkata, bulan Allah telah tamat, sekarang untuk
menggembirakan ku aku akan kembali merompak dan mencuri untuk 11 bulan
yang akan datang.
Doa yang digunakan oleh lelaki tersebut adalah sangat penting dan
kita dinasihatkan untuk membacanya 3 kali sehari ketika bulan Rejab.
Apabila Nabi S.A.W meminta anak perempuan lelaki tersebut memberikan doa
tersebut kepadanya, baginda terus mencium kertas doa tersebut dan
menyapunya pada badan baginda. Jangan tinggalkan doa dan amalkannya
ketika bulan ini datang, teruskan membacanya, dan Allah akan memberi
kepada kita, Insyallah. Bergantung kepada niat masing-masing.
Allah telah berkata kepada Nabi S.A.W., “Wahai Nabi yang Kucintai,
orang itu telah datang dan memohon keampunan dari Ku di dalam bulan yang
sangat berharga. Oleh sebab itu, kerana dia berkorban
sekurang-kurangnya satu bulan dalam setahun untuk Ku, Aku ampunkan semua
kesalahannya, dan aku tukarkan semua dosanya kepada ganjaran. Kerana
dia mempunyai terlalu banyak dosa, sekarang dia mempunyai banyak
ganjaran, dan dia kini menjadi wali besar.” Kerana satu doa, Allah
jadikan seseorang yang tidak pernah beribadat sepanjang hidupnya menjadi
wali.
SUMBER : KLIK SINI
No comments:
Post a Comment