Hmm... mest ramai dah tahu dan pernah makan kuih akok.
Kuih yang paling famous di negeri Cik Siti Wan Kembang.
Kalau nak rase kuih yang asli lagi menyelerakan,
jom kite buat lawatan sambil menelan liur ke gerai bahulu di Kg. Danan, Pasir Puteh, Kelantan..
Jika anda lalu jalan Pasir Puteh - Kota Bharu,
pasti anda akan ternampak gerai yang berasap dari jauh lagi di Kg Danan..
(Lokasi sebelah kiri jalan selepas Kg. Bukit Jawa)
Gerai ni menjadi port wajib disinggah oleh rombongan Che Fifah setiap kali balik kg.
Punca utama ialah keenakan kuih akok, bahulu dan kuih-kuih lain memang asli dan menyelerakan!
Nyam! Nyam! Nyam!
Masih menggunakan cara tradisional untuk membakar kuih muih..
Sabut kelapa yang dibakar diletakkan di atas dan di bawah bekas tembaga itu.
Err.. mane kuihnye?.. kat dalam tu bro!
Tengok! habis licin 3 dulang kena kebas kat akak sebelah tu..
Nasib baik tinggal skit lagi.
Tapi jangan risau boleh tunggu..
kuih ni masak tak lame mane pun..
Akok kecil tu RM1 3 keping.. sekali ngap dah habis.
Yang besar tu RM2 sekeping..
Akok ni sedap giles dimakan panas-panas...
(Lembut dan berkrim, disukai ramai.)
Bahulu kat Kelantan ni lebih lembut dan moist,
sebab ia dibuat menggunakan telur yang agak banyak...
Kalau dimakan panas-panas, memang sedap!
Alah! yang dah sejuk pun habis..
Tengok! Kuih bahulu dah tinggal 2 biji jea..
(tu pun yang hangit...huhuh!)
Bergambar dulu sebelum 'terselamat'.
Kat KL dah takde orang jual akok pakai dapur ni.
Tu la sebab akok kat sini tak mengancam macam kat Kelantan..
Rahsianya ialah dapur ni ler..
tak payah buang duit beli Rinnai ke ,Domino ke.. Nyah ooi!!
kelas gituh!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Gulp!!!
Selamat menelan liur!!
6 comments:
salam kenal...saya pun suka kuih akok ni...kalau ke Ganu / Kelate...hu3x sangat2 suka kuih tradisional ini
saya tahu tempat tu.nanti nak singgah la...
salam fifah.... kuih akok ni my fav... kalau balik kelantan tempay my husband, mesti borong kuih ni!! makan panas2 memang layan...
good promosi hehe
salam..
Sonata dan Wana : yea! kuih akok memang sedap..haha..
KM7 : jangan lupe singgah. Memang puas hati..
Zino : just sharing my experience.. heheh!
By the way, boleh tolong tingkatkan pendapatan orang melayu skali..
wah...rindunya dgn kuih akok..teringat masa duduk kuantan dulu..kt johor ada jugak,x sesedap masa kt sana..
Post a Comment