Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU

Sempena 16 Mei 2011 ini, teringat kenangan guru-guru yang banyak berjasa. Terutama guru yang menjadi idola dan menyumbang banyak inspirasi kepada saya. Matematik menjadi subjek kegemaran dalam hidup saya. Kenapa yea? sebabnya ada 3 orang guru yang menjadi sumber inspirasi dalam hidup saya. 



Guru yang pertama menjadi sumber inspirasi saya ialah Cikgu Mat Latif. Guru ini mengajar kelas tahun 6 di SK Alor Keladi pada tahun 1994. Beliau seorang yang famous di kalangan pelajar di sekolah Kebangsaan Alor Keladi. Cara penyampaiannya yang sungguh kelakar dan mencuit hati sangat menarik minat ramai pelajar untuk mendapat skor A dalam UPSR. Dialah pencetus minat  saya yang mendalam terhadap matematik. Sehinggakan pada ketika itu saya bercita-cita untuk mengambil ijazah dalam bidang Matematik walaupun  saya tidak pasti samada course matematik ada atau tidak di universiti. Haha..  




Manakala semasa saya di tingkatan 5, saya turut berpeluang untuk belajar dengan guru matematik yang hebat. Guru tersebut ialah Cikgu Aziz yang membuka pusat tuisyen di Bandar Jerteh. Cara pengajaran beliau yang santai dan kelakar menarik minat ramai pelajar. Subjek matematik tambahan yang susah menjadi amat mudah hasil didikan beliau.  Ramai pelajar yang biasa-biasa mendapat keputusan yang 'luar biasa' di bawah didikan beliau. Sehinggakan pelajar yang lemah pun boleh mendapat markah tinggi hasil pendekatan beliau yang mesra pelajar. Sesungguhnya jasanya tidak dapat dilupakan.



Kemudian saya menyambung pelajaran ke Kolej Matrikulasi Kuala Pilah. Semasa menuntut di sana Cik Harlina menjadi sumber inspirasi kepada saya dan ramai pelajar. Saya berasa sungguh bertuah kerana dapat belajar di kelas beliau. Masih saya ingat, di akhir semester Cik Harlina akan membuat kelas tambahan untuk subjek yang di ajar.Ketika itulah dewan yang memuatkan hampir 100 lebih pelajar penuh. Sampai ramai yang duduk di atas tangga semata-mata untuk mengikuti kelas beliau. Sikap beliau yang ramah dan mengenali kebanyakan daripada kami membuatkan kami berasa selesa dengan beliau. Caranya yang suka membuat lawak dan menghormati para pelajar menarik perhatian kami. Ramai pelajar yang mendapat  keputusan yang cemerlang di bawah bimbingan beliau. 

 

Sampai ke hari ini, mereka adalah sumber inspirasi saya untuk berjaya. Kerana merekalah saya mendapat keputusan yang cemerlang untuk semua subjek matematik. Kerana mereka jugalah saya begitu berminat terhadap bidang matematik ini. Akhirnya kini, saya berjaya merangkul ijazah sarjanamuda sains (Matematik). Alhamdulillah! Terima kasih tidak terhingga kepada mereka semua. Tanpa anda semua siapalah saya pada hari ini. 

2 comments:

ainhany said...

salam fifah,

Salam ukhuwah dan selamat hari guru.

indah dan tersusun bicara disini.teruskan berkongsi ilmiah..

Wasalam

ainhany said...
This comment has been removed by the author.