Wednesday, May 11, 2011

TAJ MAHAL MENGGAMIT RINDU

Ramai yang tahu Taj Mahal merupakan salah satu di antara 7 benda ajaib di dunia. Taj Mahal telah  dibina oleh Sultan Shah Jahan pada tahun 1631 sebagai lambang cinta kepada isterinya Mumtaz Mahal yang meninggal dunia setelah melahirkan anaknya yang ke-14. Ini bermakna Taj Mahal telah berusia 380 tahun. 



Pemandangan Taj Mahal pada waktu tengahari .


Taj mahal  dibina daripada batu marmar asli. Pada waktu pagi Taj Mahal memancarkan warna pink yang memukau pandangan. Manakala waktu tengahari ia memantulkan warna putih bak mutiara. Begitu juga pada waktu petang ia berubah menjadi kemerah-merahan. Kemudian malamnya cahaya biru terpancar apabila disirami cahaya bulan yang terang. Wah! memang sepatutnya Taj Mahal di gelar 7 benda ajaib di dunia.



Bentuknya adalah bersimetri melambangkan senibina islam.


 Taj Mahal dibina mengikut senibina islam.Di dalamnya dihiasi dengan ayat-ayat al-quran yang sungguh indah. Selain itu ia juga dihiasi dengan 43 jenis batu permata yang dibawa dari seluruh pelusuk dunia. Antara batu permata yang menghiasi Taj Mahal ialah berlian, jed, kristal, topaz dan nilam. Pembinaan manumen ini telah mengambil masa selama 22 tahun. 




Pemandangan ini mungkin pada waktu pagi.


Betapa hebatnya kerajaan Islam Moghul memerintah India suatu ketika dahulu. Ia bermula pada tahun 1482 dan jatuh pada tahun 1858. Hampir selama 376 tahun empayar islam ini memerintah India yang turut meliputi Pakistan. Empayar ini juga terkenal dengan kemewahan emas dan batu permata. Subhanallah! 



p/s - semoga Allah murahkan rezeki untuk menjejak kaki ke sana suatu masa nanti. Amin.


Sila lawati blog saudara ini yang telah melawat ke Taj Mahal : klik sini

1 comment:

Farah Zamri said...

as salam :)
saya pun teringin nak menjejakkan kaki ke bumi India,sebuah negara yang kaya dengan adat budayanya..
insyaAllah moga kita berpeluang ke sana sebelum menutup mata..
semoga dimurahkan rezeki oleh Allah SWT..