Pagi tadi masa drive datang kerja, saya dengar lagu2 lama Raihan.So, antara bait2 lagu yang terngiang2 kat telinga ni " kita ini hanyalah sekadar hambanya 2X"...
Jauh saya terfikir, apa yang kita kejar dalam hidup selama ini sebagai contohlah harta, pangkat, nama dan lain-lain lagi sebenarnya KECIL sahaja pada pandangan Allah. Namun pada pandangan manusia ia sesuatu yang amat berharga dan menjadi impian semua orang untuk menjadi orang yang berpangkat, berharta dan berkuasa.
Pujian dan sanjungan ibarat seperti air yang sentiasa didahagakan. Tanpa disedari, pujian2 itulah sebenarnya akan menghanyutkan kita. Melalui pujian yang melambung tinggi akan menyebabkan kita akan terasa diri begitu berharga dan bangga diri. Akhirnya akan lahir sifat riak, takabur dan sombong yang akan menyebabkan kita lupa diri.
Kita mungkin beranggapan pandangan kita sahaja betul tetapi pandangan orang lain salah, orang disekeliling kita hina manakala kita seorang yang mulia dan kita sahaja orang yang hebat tetapi orang lain sangat teruk. Apabila wujud perasaan sebegini maka inilah (salah-satu) yang dikatakan riak, takabur dan sombong.
Kita tahu, suatu ketika nanti PASTI kita akan kembali kepada Allah. Apalah guna kemegahan nama dan harta di dunia pada saat itu. Semuanya pasti akan ditinggal pergi.. Namun kita masih lupa diri. Masih tidak dapat menerima bahawasanya setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan. Masih ingin mencari2 kelemahan orang lain untuk menutup kelemahan diri sendiri, masih ingin menjatuhkan nama orang lain untuk menaikkan nama sendiri serta masih ingin mencari kebahagiaan melalui pujian dan sanjungan. Kita tidak dapat menerima mungkin seseorang itu hina pada pandangan kita namun tidak pada pandangan Allah. Kita tidak dapat menerima kesakitan kecuali dengan membalas walaupun terpaksa memfitnah dan mengadu domba demi kepuasan hati.
Jauh dari sudut hati kecil, kita masih tertanya mengapa ketenangan hati masih belum ditemui? Mengapa kita masih keliru arah hidup kita? Mengapa dengan kemegahan yang dimiliki masih belum dapat mendamaikan perasaan? Jawapannya hanyalah SATU sifat RIAK, SOMBONG & TAKABUR yang menjarakkan diri kita dengan Allah. Kita lupa RIAK, SOMBONG & TAKABUR itu selendang Allah, hanya Dia yang berhak untuk semua itu. Jadi kita ini siapa sebenarnya?
" Kita ini hanyalah sekadar hambanya 2X "
Kita hanyalah insan yang hina. Penuh dengan kekurangan,kesalahan, kesilapan dan kealpaan. Hanya Allah Tuhan yang Maha Sempurna, Maha Berkuasa, Maha Mulia dan Maha Esa. Mohonlah keampunan dariNya pada setiap saat dan waktu. Mohonlah perlindungan dari Nya. Mohonlah ketenangan dan kebahagiaan dariNya. Mohonlah segala-gala dariNya. Kerana Dialah tuhan yang mengabulkan setiap permohonan kita, mendengar segala rintihan dan kesakitan kita. Hanya Dia Tuhan yang Agung.
Oh! dunia ibarat perempuan tua yang berdandan dan berhias..
sungguh indah nampak dari jauh namun bila didekati - owh! sudah kerepot rupanya dan sangat menjelikkan........
Wednesday, January 27, 2010
Monday, January 18, 2010
LIMA PERKARA ANEH
Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqah yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-Nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.
Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi, yang diperintahkan berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat:
1. Apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah,
2. Engkau sembunyikan,
3. Engkau terimalah,
4. Jangan engkau putuskan harapan,
5. Larilah engkau daripadanya."
Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.
Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.
Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu, mangkuk emas itu keluar semula daripada tempat ia ditanam. Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."
Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku daripada rezekiku."
Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan daripada dalam bajunya.
Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalanannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya.
Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."
Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa:
1. Engkau makan itu ialah marah.
Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
2. Semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.
3. Jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.
4. Jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.
5. Bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang).
Maka larilah darpadai orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah.
Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain.
Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu."
Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.
petikan daripada ;-
www.iluvislam.com
Dihantar Oleh: aziznasir
Editor: RosNiza Abdullah

Tuesday, January 12, 2010
IKTIBAR
MAAFKAN NATRAH, INA DAN AIDA ( Mingguan Malaysia, 13 Dis 2009)
Pada 14 tahun yang lalu, saya adalah penuntut IPTA di selatan tanah air.Saya lahir dari keluarga berada dan memiliki kereta sendiri. Senang untuk berulang alik dari rumah sewa ke fakulti. Lagak saya seperti pelajar pandai kerana penampilan saya cukup sempurna.Tetapi sebenarnya saya ialah pelajar yang lemah. Saya mengaburi mata kawan-kawan saya dengan wang yang saya ada. Hanya untuk mempunyai ramai kawan.
Saya ada tujuh kawan di rumah sewa. Tetapi Ina dan Aida selalu menjauhkan diri daripada saya. Saya dapat rasakan ada sesuatu yang disembunyikan. Lagak Ina dan Aida seperti pelajar biasa pergi kuliah tetapi mereka pulang ke rumah pukul 10 malam. Apabila ditanya mereka menjawab ke rumah kawan untuk membuat tugasan kuliah. Akhirnya, saya bersama kawan rumah sewa yang lain mengintip mereka berdua. Rupa-rupanya mereka membuat kerja sampingan di kedai dobi.
Saya sebagai ketua dan kawan-kawan yang lain telah bersubahat hendak mengenakan mereka berdua. Saya telah merakam pergerakan mereka berdua. Kemudian saya dan kawan-kawan sebarkan cerita kepada kawan-kawan lain di fakulti bahawa Ina dan Aida terpaksa bekerja di kedai dobi untuk menyara kehidupan mereka. Kedua mereka sangat malu dengan kenyataan yang lengkap dengan bukti gambar. Kesannya, kawan-kawan yang lain memulaukan mereka kerana takut diejek pekerja dobi.
Selepas tamat pengajian, dengan pengaruh dan kuasa yang ada pada ayah dan ibu, akhirnya saya mendapat kerja dan berkahwin dengan jutawan. Tetapi badai melanda kehidupan. Saya dikurniakan 4 orang anak tetapi mereka cacat tangan dan bisu. Anak-anak selalu mengadu kawan-kawan di sekolah selalu mengejek mereka. Saya sangat sedih.
Keluarga saya, suami, mentua serta kawan-kawan mula menjauhkan diri. Saya sangat tertekan. Saya mengambil keputusan untuk menunaikan umrah. Anak ditinggalkan kepada pengasuh. Disana Allah telah tunjukkan kepada saya suatu ketentuan.
Datang seorang lelaki peniaga tamar menyapa saya supaya berkongsi masalah dengannya. Saya akur dengan permintaannya. Setelah menjelaskan masalah saya, peniaga terbabit bertanya kepada saya, "Adakah suatu ketika dulu anak telah menggunakan tangan serta mulut untuk menjatuhkan atau menganiayai orang lain? Jika benar, pakcik rasa inilah balasan Allah atas perbuatan anak dahulu.Sebab itulah anak dikurniakan anak-anak yang cacat. Tetapi anak masih ada peluang untuk bertaubat. Pergilah memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang anak telah aniaya atau jatuhkan maruahnya. Sama ada kawan-kawan anak melakukan kesilapan atau tidak. Anak tidak sepatutnya bercerita keaiban orang kepada masyarakat atau orang lain. selagi masyarakat atau kawan-kawan anak tidak memaafkan, selagi itulah Allah tidak menerima amalan anak".
Ya Allah, inikah balasanmu terhadap aku atas perbuatan menjatuhkan maruah Ina dan Aida dulu. Setelah kembali ke Malaysia saya mencari Aida dan Ina tetapi tidak ketemu.Maka di ruangan ini saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada Aida dan Ina, pelajar Uitm 1995, atas perbuatan saya dahulu menjatuhkan maruah anda berdua.Tolonglah maafkan kesilapan saya agar saya dan anak-anak dapat meneruskan kehidupan tanpa ejekan, asakan atau pemulauan dari orang sekeliling.
Daripada : Natrah, Kuala Lumpur
Saya memaparkan kisah benar diatas bukanlah untuk membuka aib sesiapa tetapi sebagai tauladan dan sempadan buat kita. Kepada sesiapa jua insan yang suka bergosip, mengata atau mengumpat jadikan cerita di atas sebagai sempadan. Setiap manusia diciptakan dengan kelemahan tersendiri. Jangan tutupi keaiban diri dengan membuka keaiban orang lain. Kelak Allah bukakan keaiban diri kita tanpa dapat berselindung.
Jua kepada mereka yang pernah diaibkan, dianiayai dan dijatuhkan, yakinlah lambat-laun pasti Allah akan membela nasib kita. Kerana Allah maha mengetahui, berkuasa dan Maha Bijaksana. Dia yang mengatur perjalanan hidup kita. Mentakdirkan segalanya ke atas diri kita seperti dalam firmanNya;
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" al-Baqarah: 216
semoga hari ini lebih baik dari semalam. Semoga hidup kita beroleh petunjuk, hidayah, keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t.Insyaallah!

Monday, January 11, 2010
SYUKUR ALHAMDULILLAH
Aku bersyukur pada hari ini kerana :
1.Hatiku sangat bahagia dengan apa yang dimiliki pada saat ini.
2. Punyai seorang suami yang penyabar, memahami dan menyayangi diriku dengan sepenuh hati.
3. Punyai anak yang sihat, riang dan manja. walaupun penat melayani karenahnya.. huhuhu
4. Rakan kerja yang ramah dan baik hati...(bukan jenis yang suka menjatuhkan orang lain dan memijak kepala orang lain.)
5. Suasana kerja yang tenang dan takde bebanan langsung.. (balik kerja dah tak fikir pasal kerja langsung..Alhamdulillah)
6. Dapat menyedut udara yang nyaman, persekitaran yang aman walaupun crowded.....
7. Diberi kesihatan tubuh badan..
8. Diberi kesabaran dan ketabahan hati mengharungi dugaan hidup.
9. Diberi rezeki yang berkat dan tidak putus-putus.
10. keluarga yang bahagia.
11. diberi idea2 yang bernas untuk menulis dan mengajar.
12. Diberi ruang dan masa untuk berehat..
13. Diberi kekuatan untuk beribadah.
14. Dijauhi daripada orang yang ingin menjatuhkan diriku.
15. Dihindari dari segala malapetaka dan musibah..
16. Diberi keselamatan ketika memandu.
17. Dipelihara Allah daripada segala gangguan syaitan,jin dan manusia.
syukur diatas segala-galanya... Semoga Engkau rahmati diriku, keluargaku dan semua umat islam.

SEBENING WAJAHMU
Bila direnung wajah si tua, hati berdetik beginikah diriku 40 tahun akan datang?.. atau mungkin aku tiada lagi di bumi ini.. (oh!! bagaimana nasibku bila disana?..)
apa lagi cabaran dann kegetiran yang harus aku tempuhi?.. apa lagi kesakitan yang perlu aku alami?.. atau apa lagi cabaran dan musibah yang harus dihadapi?..(mungkin semalam hanyalah secubit kesakitan)..
Bila ditatap wajah si tua, terlihat seraut ketenangan.. Ingin sahaja ku bertanyakan begitu pedihkah perjalanan hidup ini?.. begitu utuhkah semangatmu menghadapi semua dugaan hidup?.. begitu kuatkah semangatmu mengharungi semua kesakitan semalam?.. Jawablah!.
Bila melihat si tua melontarkan pandangan, ingin sahaja aku selami perasaanmu, mengorek rahsia kekuatan jiwamu, ketabahan hatimu, kejerihanmu membesarkan anak sebagai pewarismu dalam mengharungi hidup yang penuh ranjau ini.. Oh!kagumnya aku... Adakah aku mampu mewarisi kecekalanmu?...
Bila kudengar bait-bait ayat yang keluar dari bibirmu, jiwaku semakin insaf mengenangkan betapa peritnya perjalanan hidup yang telah kau hadapi dalam mencari sesuap nasi. Katamu anak sekarang beruntung tidak susah seperti mereka generasi terdahulu... (Itu hanya pandanganmu.. sedangkan hidup ini tidak terlepas dari segala ujian..)
Wajah si tua itu terus kurenung... terasa kedamaian menerpa dalam jiwaku, keakraban semakin bertaut, kasih-sayang semakin berbunga... Dikau amat memahami jiwaku, kerendahan hatimu mengagumkan aku, kata-katamu penuh nasihat, ayat-ayatmu penuh bererti. Dikau memberi aku kekuatan seperti sinar pagi yang menerangi hariku.. terima kasih... hanya itu mampu dihulurkan dariku seorang cucu yang baru mula belajar mengenal erti hidup....

Thursday, January 7, 2010
TIPS TENANGKAN JIWA
Setiap manusia pasti akan tempuhi saat2 yang paling sukar dalam hidupnya. semua itu adalah dugaan dari yang maha Esa terhadap hambaNya.Dalam sesetengah perkara walaupun masalah telah selesai (dan kita telah berpuas hati.....)namun mungkin disebabkan oleh campur tangan pihak luar (terutama jika wujud pihak batu api yang suka menyibuk, mengadu domba dan memfitnah) ia akan mengakibatkan fikiran kita terganggu, sedih dan tertekan...
Ada beberapa TIP yang mungkin boleh dikongsi bersama untuk kebaikan semua :
1. Dirikan solat sunat taubat, tahajjud dan hajat pada 2/3 malam... (susah laa nak biasekan diri..tp start jea dengan 2 rakaat dulu.. solat sunat taubat jea ke..atau ikutlah)......Insyaallah lama2 pasti boleh buat ..
2. Tutup semua lagu2 yang boleh mengkhayalkan jiwa dan menghanyutkan perasaan... Gantikan dengan lagu2 nasyid atau lagu ketuhanan yang boleh mendidik jiwa.. (memang susah nak buat tapi cuba jea - konfem boleh.. pasti lepas tu kita tak mahu dah dengar lagu2 yang mengganggu emosi kita...)
3. Setiap pagi dengar bacaan yasin, zikir selawat atau ayat2 al-quran... (macam ni lah better buat perancangan sekurang2nye dengar yasin pada setiap pagi dan petang dekat2 maghrib dengar zikir plak.. ) jadikan ia rutin harian.. Insyaallah.. hati kita makin bersih, fikiran makin tenang.. (awas!! jauhi lagu... )
4. Memang susah nak ubah rutin hidup harian... tapi jika ia boleh selesai masalah kita apa salah salahnya kita buat... buat aper ye?... huhuhuh.... Jadikan baca Al-Quran sebagai rutin.. - macam ni, kalau dah lame tak baca Quran memang lidah terasa berat and hati pun tak nikmat sangat.. So, mulakan bacaan Al-Quran dengan surah yasin.. lepas habis yasin baru start al-baqarah.
5. Cube setup target untuk habiskan al-quran dalam tempoh tertentu ( misalnye - setahun? setengah tahun? or 3 bulan?).. Terpulang kepada kemampuan... bila dah lame amalkan baca al-quran hati akan terasa nikmat, dada pun terasa lapang, hati sangat tenang dan setiap pagi - hari kita terasa sangat indah.
6. masa tu, kita akan terasa sangat dekat dengan Allah s.w.t dan sentiasa ingat mati.. Cubelah!!

Wednesday, January 6, 2010
BILA DIRI DIHINA
DIAM dan SABAR saja.. memang susah dan sakit hati sangat bila kita dihina, diumpat,dikeji, difitnah atau dimalukan lebih2 didepan khalayak, dipejabat atau dalam masyarakat, tetapi itu tindakan yang terbaik. Bila kita menjawab balik pasti bukan kita yang bercakap tapi yang bertanduk dua tu yang menguasai akal fikiran kita masa tu.
So, diam sejenak. Istighfar di dalam hati banyak-banyak dan bagitau diri kita supaya SABAR... Dalam situasi yang mana kita terasa diri sangat lemah umpama anak ikan yang dikelilingi oleh jerung2 kelaparan (maksudnya lawan pun tak guna yang mana menyebabkan orang tu semakin menggila) so, Ada beberapa perkara yang kita tanamkan dalam fikiran kita, diantaranya :
1. Orang yang menghina kita dengan menggunakan perkataan yang teruk( cth: bangang,bodoh,gedik dan sebagainya) itu sebenarnya dia sedang mendoakan keburukan itu untuk dirinya,suami atau isteri diorang, mak bapak diorang, adik-beradik dan lebih parah lagi sbenarnya mereka mendoakan untuk anak2 diorang... nauzubillah.
2. Sebenarnya cacian dan hinaan yang dilemparkan itu adalah RAHMAT dari ALLAH. kenapa?? sebabnya setiap hinaan yang dilontarkan itu adalah penghapus setiap dosa2 kita semalam. Lebih untung lagi kita akan dapat banyak pahala free..huhuhu... (tapi dengan syarat kita kena sabar la jangan duk balas macam diorang jugak - nanti kita sama buruk perangai macam diorang.. nauzubillah)...
3. Ingat bahawa ada HIKMAH disebalik setiap dugaan dan cabaran yang kita hadapi. Sebenarnya Allah hendakkan hambaNya kembali kepada Dia. Mengadu kepada Dia lantaran sebelum ini kita semakin jauh, lalai dan lupa kepada-Nya.. (kita selalu Ingat Allah masa nak solat jea.. huhuh..)
4.Bila kita difitnah memang tak dapat tidur malam (mungkin setahun atau 2 tahun kerana terlalu sakit hati menyebabkan terasa ingin bunuh jea orang tu... (huhuhuh... dasyat sungguh penangan kena fitnah ni)..So, kita dengan sendirinya akan bangun bertahajjud setiap malam mohon kepada Allah agar diberi ketenangan, kemaafan dan keampunan dari Nya sepanjang hidup ini..
5. Kesan daripada itu... ( sentiasa bertahajjud selalu ).. Hati menjadi semakin tenang dan bahagia walaupun dikelilingi orang yang sentiasa mencari salah kita (orang yang jiwanya tak tenang selagi tak dapat bergosip itu-ini), orang yang tidak mahu memandang wajah kita (mungkin dia terasa amalannya dah cukup untuk masuk syurga kot dan orang lain semua ahli neraka ...huhuh) dan orang yang berdendam dengan kita (orang yang asyik tak puas hati jea dengan apa yang kita ada)..
6. HIKMAH dan REZEKI yang melimpah ruah menanti kita disebalik ujian tersebut. Contohnya Allah permudahkan segala urusan kita. Allah pertemukan kita dengan rakan2 yang mulia hatinya, rakan2 yang membantu kita menjana ekonomi kita dengan lebih mantap, pasangan yang memahami dan menyintai kita dengan sepenuh hatinya, anak2 yang baik, keluarga yang memahami dan pelbagai lagi....(sebelum ni kita tak nampak semua tu tetapi bila kita dalam keadaan sedih dan susah kita akan buka mata dan lebih mensyukuri apa yang kita ada..).. Alhamdulillah......
7. Kita juga akan menemui dan dapat menilai siapa sahabat kita yang sebenar dan siapa musuh kita. Cara dan gaya hidup kita pun mungkin akan berubah ke arah lebih baik dan bermotivasi.. mungkin sebelum ni susah nak baca buku2 yang bermanfaat ( atau tak baca apa2 bahan langsung except newspaper... huhuh). Mungkin kita juga berpeluang mengenali tokoh2 motivasi yang hebat yang terkenal diseluruh dunia.. ( Contoh :- Dr Aidh Abdullah Al-Qarni T_T....). dan menjadikan kita insan yang sangat kuat, tabah, sabar dan mengubah seluruh pemikiran dan idea kita selama ni.. (sebelum ni pemikiran kurang matang skit).... Alhamdulillah
8. Pendek kata, apa yang berlaku pada kita walaupun buruk pada pandangan manusia, namun sebaliknya pada pandangan Allah.. Fikirkanlah bahawa semua yang berlaku adalah RAHMAT ALLAH.........Insyaallah hidup kita lebih tenang, bahagia dan sangat matang... Insyaallah .. (peace...)

Tuesday, January 5, 2010
MUTIARA HIKMAH
Janganlah kamu menjadikan cintamu sebagai beban, bencimu berlebihan, hidupmu sebagai kemewahan. Janganlah selalu mengingat kejadian masa lalu dan janganlah engkau jadikan tujuan kamu sebagai kemuliaan. Fikirkanlah setiap langkah yang kamu jalani. Apabila orang tidak berfikir di tempat manakah kakinya berpijak, maka dia akan tergelincir dan terjatuh, kakinya akan terluka dan lehernya patah. Fikirkanlah setiap kata yang kamu ucapkan. Dahulukan perbuatan daripada ucapan. Barang siapa yang berbuat salah dia akan tercela. berhati-hatilah.
Kamu tidak akan mendapat kebahagiaan kecuali dengan kesusahan. Kamu tidak akan menemukan kejayaan kecuali dengan kerja berat dan cinta tidak akan didapati kecuali dengan adab.
Anak-anak lebih penting daripada kekayaan, akhlak lebih mulia daripada pangkat, cita-cita lebih luhur daripada keperluan dan takwa lebih mulia daripada kedudukan.
Orang yang bahagia adalah orang yang melupakan perkara yang tidak membawa kebaikan baginya, orang yang mengingati kebaikan manusia dan melupakan keburukan mereka.
Petikan daripada mutiara hikmah oleh Dr Aidh Abdullah Al-Qarni

Monday, January 4, 2010
ZIKIR MEMBAWA KETENANGAN
(Ar-Ra'd : 28)
Ertinya : "ketahuilah bahawa dengan berzikir kepada Allah hati menjadi tenteram."
Hati menjadi tenteram daripada kegelisahannya. Lalu hati merasakan aman daripada segala kesusahan, kerisauan dan kebimbangan sehingga ia hidup dengan senang kerana hati tersebut puas dengan Tuhannya.Hati menjadi tenteram daripada gundah gelananya. Lalu menetap setelah berpindah randah, tenang setelah gementar, normal setelah kacau bilau.
Hati menjadi tenang daripada tercerai berai. Lalu menjadi terkumpul urusannya, tercapai tujuannya, teratur urusan yang asalnya tidak teratur dan selamat daripada tercerai berai.
wahai orang yang hatinya tidak keruan dan hilang pertimbangan akal, hendaklah dia berzikir kepada Allah agar menjadi tenang.
Ertinya : "ketahuilah bahawa dengan berzikir kepada Allah hati menjadi tenteram."
Hati menjadi tenteram daripada ketakutannya. Lalu merasa tenang dan percaya pada yang dijanjikan Allah, dan tawakkal yang baik dan kembali kepada Allah dengan sebaik-baiknya.
Hati menjadi tenteram daripada kegelisahannya. Lalu hati merasakan aman daripada segala kesusahan, kerisauan dan kebimbangan sehingga ia hidup dengan senang kerana hati tersebut puas dengan Tuhannya.Hati menjadi tenteram daripada gundah gelananya. Lalu menetap setelah berpindah randah, tenang setelah gementar, normal setelah kacau bilau.
Menjadi tenteram daripada gangguan syaitan, keganasan hawa nafsu, kebrutalan, kejahatan dan tipu daya musuh.
Tidak ada ubat yang paling bermanfaat untuk hati kecuali zikir kepada Allah. Hati yang berhasil mendapatkan keinginannya tanpa disertai zikir kepada Allah, pada akhirnya akan mengalami kegelisahan, gundah gelana dan kacau bilau.
Allah tidak akan mententeramkan hati orang yang bermaksiat, menyalahi aturanNya dan mengikut hawa nafsunya. Bagaimana dapat tenteram hati orang yang bermusuhan dengan Allah, memutuskan hubungan denganNya? Bagaimana dapat tenang hati orang yang melupakan tuhanNya, berpaling daripada kitab Al-Quran, tidak peduli pada perintah-perintahNya dan melewati batas-batasNya?
Sesungguhnya ketenangan hati adalah kebahagian yang didambakan oleh setiap orang. Ada yang berusaha mendapatkannya melalui pengumpulan harta benda. Harta benda tanpa iman adalah kecelakaan, kemewahan tanpa taat adalah bencana.
Ada yang mencari kebahagiaan melalui jawatan. Demi tujuan itu, ia rela mengalirkan keringat, air mata dan darah. Apabila ia mendapatkan jawatan itu tanpa didasari keimanan, maka kerugian dan kerosakanlah yang akan didapatkan.
Ada yang mencari kebahagiaan melalui hiburan dalam nyanyian, syair ataupun hobi. Ia tidak akan berhasil mendapatkan kebahgiaan itu sebab ia tidak disertai ibadah kepada Allah s.w.t.
Wahai manusia! Barang siapa yang gelisah hatinya, maka hendaklah dia berzikir kepada Allah, pasti ia bahagia. Dan barang siapa yang diliputi kerunsingan hatinya, hendaklah dia berzikir kepada Allah agar merasa tenteram.Tidak ada ubat yang paling bermanfaat untuk hati kecuali zikir kepada Allah. Hati yang berhasil mendapatkan keinginannya tanpa disertai zikir kepada Allah, pada akhirnya akan mengalami kegelisahan, gundah gelana dan kacau bilau.
Allah tidak akan mententeramkan hati orang yang bermaksiat, menyalahi aturanNya dan mengikut hawa nafsunya. Bagaimana dapat tenteram hati orang yang bermusuhan dengan Allah, memutuskan hubungan denganNya? Bagaimana dapat tenang hati orang yang melupakan tuhanNya, berpaling daripada kitab Al-Quran, tidak peduli pada perintah-perintahNya dan melewati batas-batasNya?
Sesungguhnya ketenangan hati adalah kebahagian yang didambakan oleh setiap orang. Ada yang berusaha mendapatkannya melalui pengumpulan harta benda. Harta benda tanpa iman adalah kecelakaan, kemewahan tanpa taat adalah bencana.
Ada yang mencari kebahagiaan melalui jawatan. Demi tujuan itu, ia rela mengalirkan keringat, air mata dan darah. Apabila ia mendapatkan jawatan itu tanpa didasari keimanan, maka kerugian dan kerosakanlah yang akan didapatkan.
Ada yang mencari kebahagiaan melalui hiburan dalam nyanyian, syair ataupun hobi. Ia tidak akan berhasil mendapatkan kebahgiaan itu sebab ia tidak disertai ibadah kepada Allah s.w.t.
Berzikir kepada Allah adalah ubat mujarab dan nikmat. Melupakan Allah adalah penyakit dan mala petaka dan kerugian. Cukuplah zikir sebagai sesuatu yang utama bahawa Allah akan mengingat orang yang mengingati-Nya. Cukuplah zikir sesuatu yang mulia bahawa ia satu-satunya ilmu yang masih tetap bersama ahli syurga. Zikir adalah amal paling utama, zikir adalah kehidupan. Akan tetapi para penagih dadah tidak merasa dan orang yang sudah mati tidak merasa sakit.
Zikir menyenbabkan rasa aman dan tenteram tetapi orang yang melakukan maksiat adalah orang yang melampaui batas-batas Tuhan dan orang yang durjana adalah orang yang binasa.
Dalam kata'tatma'innun'(menjadi tenteram) terdapat makna kesejahteraan, keindahan dan panggilan. Hati bagaikan bumi. bahagian bumi yang lunak adalah tenteram dan bahgian yang keras adalah tidak tenteram dan panas.
Semoga mendung-mendung Zat yang Maha Pengasih dan Penyayang menurunkan hujan wahyu pada hati manusia agar dapat mengeluarkan buah-buahannya masa menuai. Buah-buah tersebut adalah zikir,syukur,taubat dan cinta kepada Allah.

HARAPAN KEPADA TUHAN
(Al-Insyirah:8)
Ertinya : "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap."
Berharaplah hanya kepada Tuhanmu. Janganlah berharap pada selainNya. Hanya kepada Allah kamu berhajat, bertawakkal, berharap. Sebab harap dan cemas hanya kepada Allah. Dialah pemberi pahala bagi orang yang taat dan memberi seksa bagi yang derhaka.
Keagungan hanya dimiliki Allah. Dia yang memegang kunci untung dan celaka, kunci segala urusan. Dia yang berhak diminta, diharapkan dan dituju.
petikan daripada : Mutiara hikmah oleh Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni

Subscribe to:
Posts (Atom)