Wednesday, January 6, 2010

BILA DIRI DIHINA


DIAM dan SABAR saja.. memang susah dan sakit hati sangat bila kita dihina, diumpat,dikeji, difitnah atau dimalukan lebih2 didepan khalayak, dipejabat atau dalam masyarakat, tetapi itu tindakan yang terbaik. Bila kita menjawab balik pasti bukan kita yang bercakap tapi yang bertanduk dua tu yang menguasai akal fikiran kita masa tu.

So, diam sejenak. Istighfar di dalam hati banyak-banyak dan bagitau diri kita supaya SABAR... Dalam situasi yang mana kita terasa diri sangat lemah umpama anak ikan yang dikelilingi oleh jerung2 kelaparan (maksudnya lawan pun tak guna yang mana menyebabkan orang tu semakin menggila) so, Ada beberapa perkara yang kita tanamkan dalam fikiran kita, diantaranya :

1. Orang yang menghina kita dengan menggunakan perkataan yang teruk( cth: bangang,bodoh,gedik dan sebagainya) itu sebenarnya dia sedang mendoakan keburukan itu untuk dirinya,suami atau isteri diorang, mak bapak diorang, adik-beradik dan lebih parah lagi sbenarnya mereka mendoakan untuk anak2 diorang... nauzubillah.

2. Sebenarnya cacian dan hinaan yang dilemparkan itu adalah RAHMAT dari ALLAH. kenapa?? sebabnya setiap hinaan yang dilontarkan itu adalah penghapus setiap dosa2 kita semalam. Lebih untung lagi kita akan dapat banyak pahala free..huhuhu... (tapi dengan syarat kita kena sabar la jangan duk balas macam diorang jugak - nanti kita sama buruk perangai macam diorang.. nauzubillah)...

3. Ingat bahawa ada HIKMAH disebalik setiap dugaan dan cabaran yang kita hadapi. Sebenarnya Allah hendakkan hambaNya kembali kepada Dia. Mengadu kepada Dia lantaran sebelum ini kita semakin jauh, lalai dan lupa kepada-Nya.. (kita selalu Ingat Allah masa nak solat jea.. huhuh..)

4.Bila kita difitnah memang tak dapat tidur malam (mungkin setahun atau 2 tahun kerana terlalu sakit hati menyebabkan terasa ingin bunuh jea orang tu... (huhuhuh... dasyat sungguh penangan kena fitnah ni)..So, kita dengan sendirinya akan bangun bertahajjud setiap malam mohon kepada Allah agar diberi ketenangan, kemaafan dan keampunan dari Nya sepanjang hidup ini..

5. Kesan daripada itu... ( sentiasa bertahajjud selalu ).. Hati menjadi semakin tenang dan bahagia walaupun dikelilingi orang yang sentiasa mencari salah kita (orang yang jiwanya tak tenang selagi tak dapat bergosip itu-ini), orang yang tidak mahu memandang wajah kita (mungkin dia terasa amalannya dah cukup untuk masuk syurga kot dan orang lain semua ahli neraka ...huhuh) dan orang yang berdendam dengan kita (orang yang asyik tak puas hati jea dengan apa yang kita ada)..


6. HIKMAH dan REZEKI yang melimpah ruah menanti kita disebalik ujian tersebut. Contohnya Allah permudahkan segala urusan kita. Allah pertemukan kita dengan rakan2 yang mulia hatinya, rakan2 yang membantu kita menjana ekonomi kita dengan lebih mantap, pasangan yang memahami dan menyintai kita dengan sepenuh hatinya, anak2 yang baik, keluarga yang memahami dan pelbagai lagi....(sebelum ni kita tak nampak semua tu tetapi bila kita dalam keadaan sedih dan susah kita akan buka mata dan lebih mensyukuri apa yang kita ada..).. Alhamdulillah......

7. Kita juga akan menemui dan dapat menilai siapa sahabat kita yang sebenar dan siapa musuh kita. Cara dan gaya hidup kita pun mungkin akan berubah ke arah lebih baik dan bermotivasi.. mungkin sebelum ni susah nak baca buku2 yang bermanfaat ( atau tak baca apa2 bahan langsung except newspaper... huhuh). Mungkin kita juga berpeluang mengenali tokoh2 motivasi yang hebat yang terkenal diseluruh dunia.. ( Contoh :- Dr Aidh Abdullah Al-Qarni T_T....). dan menjadikan kita insan yang sangat kuat, tabah, sabar dan mengubah seluruh pemikiran dan idea kita selama ni.. (sebelum ni pemikiran kurang matang skit).... Alhamdulillah

8. Pendek kata, apa yang berlaku pada kita walaupun buruk pada pandangan manusia, namun sebaliknya pada pandangan Allah.. Fikirkanlah bahawa semua yang berlaku adalah RAHMAT ALLAH.........Insyaallah hidup kita lebih tenang, bahagia dan sangat matang... Insyaallah .. (peace...)

7 comments:

azwaazliza said...

suke entry ni...kerana mengalaminya sekarang

Erma Fazira said...

n3 blog yg mnarik jiddan2..ada ayt2 yg buat saya nangis krna sdg mglaminya..xspclly ayt no.2

Unknown said...

kepada azwaazliza dan er-faz : entry diatas sebenarnya berkait dengan pengalaman hidup yg sebenar. Beberapa tips di atas akak tanamkan di dalam hati sebagai semangat dan kekuatan utk menghadapinya. Semoga apa yang dikongsi dapat membantu para pembaca semua melalui ujian yg getir dalam hidup terutama apabila kita difitnah dengan dasyat. Sesungguhnya, kembali kepada Allah dengan mengadu segala masalah kepada-Nya adalah jalan penyelesaian yg sebenar. Di saat kita ditimpa masalah tiada sesiapa yg dapat memahaminya secara mendalam kecuali Allah s.w.t yg mengetahui segalanya. Allahua'lam!

Anonymous said...

ya Allah, sdg duji skrg. Tq nasihat datas

yaya ida said...

Allahu!! Sedang diuji..apabila bc entry ni rasa tenang dan tersenyum.no 1 tu..

Anonymous said...

Ya Allah!
Saya diuji saat ini.. bila bca entry ini saya semakin bersemangat.. 😢😢
Terima kasih Allah.. kerna pilihku sebagai hambaMu utk ujian ini..

Unknown said...

Ye saya pun begitu jg...rasa ada semangat sikit bila baca entry ini...terima kasih