Monday, January 11, 2010

SYUKUR ALHAMDULILLAH

Aku bersyukur pada hari ini kerana :

1.Hatiku sangat bahagia dengan apa yang dimiliki pada saat ini.

2. Punyai seorang suami yang penyabar, memahami dan menyayangi diriku dengan sepenuh hati.

3. Punyai anak yang sihat, riang dan manja. walaupun penat melayani karenahnya.. huhuhu

4. Rakan kerja yang ramah dan baik hati...(bukan jenis yang suka menjatuhkan orang lain dan memijak kepala orang lain.)

5. Suasana kerja yang tenang dan takde bebanan langsung.. (balik kerja dah tak fikir pasal kerja langsung..Alhamdulillah)

6. Dapat menyedut udara yang nyaman, persekitaran yang aman walaupun crowded.....

7. Diberi kesihatan tubuh badan..

8. Diberi kesabaran dan ketabahan hati mengharungi dugaan hidup.

9. Diberi rezeki yang berkat dan tidak putus-putus.

10. keluarga yang bahagia.

11. diberi idea2 yang bernas untuk menulis dan mengajar.

12. Diberi ruang dan masa untuk berehat..

13. Diberi kekuatan untuk beribadah.

14. Dijauhi daripada orang yang ingin menjatuhkan diriku.

15. Dihindari dari segala malapetaka dan musibah..

16. Diberi keselamatan ketika memandu.

17. Dipelihara Allah daripada segala gangguan syaitan,jin dan manusia.

syukur diatas segala-galanya... Semoga Engkau rahmati diriku, keluargaku dan semua umat islam.

No comments: