Ertinya : "ketahuilah bahawa dengan berzikir kepada Allah hati menjadi tenteram."
Hati menjadi tenteram daripada ketakutannya. Lalu merasa tenang dan percaya pada yang dijanjikan Allah, dan tawakkal yang baik dan kembali kepada Allah dengan sebaik-baiknya.
Hati menjadi tenteram daripada kegelisahannya. Lalu hati merasakan aman daripada segala kesusahan, kerisauan dan kebimbangan sehingga ia hidup dengan senang kerana hati tersebut puas dengan Tuhannya.Hati menjadi tenteram daripada gundah gelananya. Lalu menetap setelah berpindah randah, tenang setelah gementar, normal setelah kacau bilau.
Menjadi tenteram daripada gangguan syaitan, keganasan hawa nafsu, kebrutalan, kejahatan dan tipu daya musuh.
Tidak ada ubat yang paling bermanfaat untuk hati kecuali zikir kepada Allah. Hati yang berhasil mendapatkan keinginannya tanpa disertai zikir kepada Allah, pada akhirnya akan mengalami kegelisahan, gundah gelana dan kacau bilau.
Allah tidak akan mententeramkan hati orang yang bermaksiat, menyalahi aturanNya dan mengikut hawa nafsunya. Bagaimana dapat tenteram hati orang yang bermusuhan dengan Allah, memutuskan hubungan denganNya? Bagaimana dapat tenang hati orang yang melupakan tuhanNya, berpaling daripada kitab Al-Quran, tidak peduli pada perintah-perintahNya dan melewati batas-batasNya?
Sesungguhnya ketenangan hati adalah kebahagian yang didambakan oleh setiap orang. Ada yang berusaha mendapatkannya melalui pengumpulan harta benda. Harta benda tanpa iman adalah kecelakaan, kemewahan tanpa taat adalah bencana.
Ada yang mencari kebahagiaan melalui jawatan. Demi tujuan itu, ia rela mengalirkan keringat, air mata dan darah. Apabila ia mendapatkan jawatan itu tanpa didasari keimanan, maka kerugian dan kerosakanlah yang akan didapatkan.
Ada yang mencari kebahagiaan melalui hiburan dalam nyanyian, syair ataupun hobi. Ia tidak akan berhasil mendapatkan kebahgiaan itu sebab ia tidak disertai ibadah kepada Allah s.w.t.
Wahai manusia! Barang siapa yang gelisah hatinya, maka hendaklah dia berzikir kepada Allah, pasti ia bahagia. Dan barang siapa yang diliputi kerunsingan hatinya, hendaklah dia berzikir kepada Allah agar merasa tenteram.Tidak ada ubat yang paling bermanfaat untuk hati kecuali zikir kepada Allah. Hati yang berhasil mendapatkan keinginannya tanpa disertai zikir kepada Allah, pada akhirnya akan mengalami kegelisahan, gundah gelana dan kacau bilau.
Allah tidak akan mententeramkan hati orang yang bermaksiat, menyalahi aturanNya dan mengikut hawa nafsunya. Bagaimana dapat tenteram hati orang yang bermusuhan dengan Allah, memutuskan hubungan denganNya? Bagaimana dapat tenang hati orang yang melupakan tuhanNya, berpaling daripada kitab Al-Quran, tidak peduli pada perintah-perintahNya dan melewati batas-batasNya?
Sesungguhnya ketenangan hati adalah kebahagian yang didambakan oleh setiap orang. Ada yang berusaha mendapatkannya melalui pengumpulan harta benda. Harta benda tanpa iman adalah kecelakaan, kemewahan tanpa taat adalah bencana.
Ada yang mencari kebahagiaan melalui jawatan. Demi tujuan itu, ia rela mengalirkan keringat, air mata dan darah. Apabila ia mendapatkan jawatan itu tanpa didasari keimanan, maka kerugian dan kerosakanlah yang akan didapatkan.
Ada yang mencari kebahagiaan melalui hiburan dalam nyanyian, syair ataupun hobi. Ia tidak akan berhasil mendapatkan kebahgiaan itu sebab ia tidak disertai ibadah kepada Allah s.w.t.
Berzikir kepada Allah adalah ubat mujarab dan nikmat. Melupakan Allah adalah penyakit dan mala petaka dan kerugian. Cukuplah zikir sebagai sesuatu yang utama bahawa Allah akan mengingat orang yang mengingati-Nya. Cukuplah zikir sesuatu yang mulia bahawa ia satu-satunya ilmu yang masih tetap bersama ahli syurga. Zikir adalah amal paling utama, zikir adalah kehidupan. Akan tetapi para penagih dadah tidak merasa dan orang yang sudah mati tidak merasa sakit.
Zikir menyenbabkan rasa aman dan tenteram tetapi orang yang melakukan maksiat adalah orang yang melampaui batas-batas Tuhan dan orang yang durjana adalah orang yang binasa.
Dalam kata'tatma'innun'(menjadi tenteram) terdapat makna kesejahteraan, keindahan dan panggilan. Hati bagaikan bumi. bahagian bumi yang lunak adalah tenteram dan bahgian yang keras adalah tidak tenteram dan panas.
Semoga mendung-mendung Zat yang Maha Pengasih dan Penyayang menurunkan hujan wahyu pada hati manusia agar dapat mengeluarkan buah-buahannya masa menuai. Buah-buah tersebut adalah zikir,syukur,taubat dan cinta kepada Allah.
Petikan daripada mutiara hikmah oleh Dr Aidh Abdullah Al-Qarni

No comments:
Post a Comment