Thursday, January 7, 2010

TIPS TENANGKAN JIWA

Setiap manusia pasti akan tempuhi saat2 yang paling sukar dalam hidupnya. semua itu adalah dugaan dari yang maha Esa terhadap hambaNya.Dalam sesetengah perkara walaupun masalah telah selesai (dan kita telah berpuas hati.....)namun mungkin disebabkan oleh campur tangan pihak luar (terutama jika wujud pihak batu api yang suka menyibuk, mengadu domba dan memfitnah) ia akan mengakibatkan fikiran kita terganggu, sedih dan tertekan...

Ada beberapa TIP yang mungkin boleh dikongsi bersama untuk kebaikan semua :

1. Dirikan solat sunat taubat, tahajjud dan hajat pada 2/3 malam... (susah laa nak biasekan diri..tp start jea dengan 2 rakaat dulu.. solat sunat taubat jea ke..atau ikutlah)......Insyaallah lama2 pasti boleh buat ..

2. Tutup semua lagu2 yang boleh mengkhayalkan jiwa dan menghanyutkan perasaan... Gantikan dengan lagu2 nasyid atau lagu ketuhanan yang boleh mendidik jiwa.. (memang susah nak buat tapi cuba jea - konfem boleh.. pasti lepas tu kita tak mahu dah dengar lagu2 yang mengganggu emosi kita...)

3. Setiap pagi dengar bacaan yasin, zikir selawat atau ayat2 al-quran... (macam ni lah better buat perancangan sekurang2nye dengar yasin pada setiap pagi dan petang dekat2 maghrib dengar zikir plak.. ) jadikan ia rutin harian.. Insyaallah.. hati kita makin bersih, fikiran makin tenang.. (awas!! jauhi lagu... )

4. Memang susah nak ubah rutin hidup harian... tapi jika ia boleh selesai masalah kita apa salah salahnya kita buat... buat aper ye?... huhuhuh.... Jadikan baca Al-Quran sebagai rutin.. - macam ni, kalau dah lame tak baca Quran memang lidah terasa berat and hati pun tak nikmat sangat.. So, mulakan bacaan Al-Quran dengan surah yasin.. lepas habis yasin baru start al-baqarah.

5. Cube setup target untuk habiskan al-quran dalam tempoh tertentu ( misalnye - setahun? setengah tahun? or 3 bulan?).. Terpulang kepada kemampuan... bila dah lame amalkan baca al-quran hati akan terasa nikmat, dada pun terasa lapang, hati sangat tenang dan setiap pagi - hari kita terasa sangat indah.

6. masa tu, kita akan terasa sangat dekat dengan Allah s.w.t dan sentiasa ingat mati.. Cubelah!!

No comments: