Tuesday, May 24, 2011

DINNER BERSAMA KENALAN

Sudah lama En. Hubby berhajat ingin belanja kenalannya ini. Namun, selalu kesuntukan masa sehinggalah minggu lepas barulah kami berpeluang untuk dinner bersama-sama.. Memang seronok dinner bersama mereka, tambah-tambah pula melayan celoteh anak-anak mereka yang kelakar. 



Inilah keluarga kenalan kami iaitu Yasser, isterinya dan anak-anak mereka. ( Ops ! tudung pink itu ialah saya.) Mereka ini berasal dari Khourtum, Sudan. Yasser adalah pelajar PHD di UKM dan menjadi pensyarah sambilan di UNITEN. Manakala isterinya adalah Profesor Madya di KLIUC. Mereka sebenarnya menguruskan ramai pelajar foreigner yang ingin menyewa rumah kami di Kajang. Jadi kami banyak terhutang budi dengan sikap baik dan amanah mereka.



Antara menu yang ditempah ialah nasi biryani  kambing di sebuah restoran Arab, Putrajaya. 
En. Hubby cakap memang terbaek punye!!.. hahaha..




Dari kiri sekali itu ialah Fathi anaknya yang bongsu. Dia cakap Malaysia tak best sebab takde video game..  ahaha... Sebenarnya mereka hanya dibenarkan bermain video game hanya di hujung minggu sahaja. Kalau balik ke Sudan tu baru boleh bermain video game sepuas hati.. Okeylah itu sahaja coretan untuk kali ini. Harap berpeluang untuk berjumpa di lain kali. 



7 comments:

Kakzakie Purvit said...

Menghargai teman/sahabat pasti tercapai kalau niat dihati telah tertanam dari awal dan niat itu baik. Alhamdulillah....

Unknown said...

bestnye akak...kawan serata dunia...nice!

ibuintan said...

senyum lebar sahabat tu...

niat yg baik sambil merapatkan lagi tali silaturrahim

Jendela Hati said...

bagus kalu kwn pelbagai bangsa

Khuzrin Kamarudin said...

bestkn klau dpt buat mcm ni selalu...

atuk said...

Assalamualaikum Fifah

salam ukhwah
salam persahabatn

bukan kawan 1 Malaysia, tapi 1 dunia

Wassalam

ainhany said...

salam ifa,

ooo indahnya ukhuwah tercipta...
pekena pulak nasi arab..bertuah jadi foreign nie..org malaysia baerbudi bahasa...Semuga diberkati ALLAH jua