Thursday, March 31, 2011

BUNUH DIRI

Masa nak turun pergi kerja pagi tadi, baru teringat ikan kat dalam akuarium sudah beberapa hari tak bagi makan. Sebelum mengambil makanan hati saya terlintas
"Aik! nape ade ikan DBKL jea? mana udang sekor lagi?" hairan betul saya.
Saya cuba menjenguk-jenguk di sekitar akuarim namun hampa.
"Ish! pergi maner plak si udang ni?"
Tiba-tiba  terpandanglah di belakang kerusi sebelah akuarium tergolek jenazah si udang tu.
"Adui! nape la ngko bunuh diri udang oi?!!" gerutu saya.
Aqil plak terus menjerit,
"Ibu! udang dah mati lah!".. Eh! eh! dah matilah!..Udang matilah! dia panjat!...
"Iyea!",balas aku setelah ayat itu diulang-ulang hampir 3,4 kali.. hahaha!
Kesian Aqil udang die dah mati.



Lebih kurang macam nilah rupe udang si Aqil
tapi kaki yang biru tu takdelah panjang macam tu..



Sebenarnya hujung minggu lepas En. Hubby baru jea bersihkan akuarium tu dan menambah air sehingga hampir penuh. Tak sangka betul udang tu bley panjat keluar sebab lubang diatas akuarium tu agak kecil. Mungkin betul-betul  telus badan dia.. Tapi tak tahu la die nak gi mane. Die ingat ada sungai kot kat area situ. Adui! Lepas ni saya nak gi lepaskan si DBKL tu. Dah besar panjang ni mulalah nak tunjuk terrer..Bela anak-anak ikan lagi senang tak payah pening kepala... uhuhh!!




p/s - nasib baik hang tu udang, kalau manusia konpem! tak cium bau syurga!!... hehehe..

Tuesday, March 29, 2011

GANJARAN MEMBACA AL-QURAN

1. Fikiran menjadi jernih.
( bersih dari berfikiran negatif dan berprasangka buruk.)


2. Ingatan semakin kuat dan tajam.


3. Memperoleh ketenangan dan kestabilan psikologi.
(Emosi semakin stabil.)


4. Hati menjadi senang dan bahagia.
(segala urusan dipermudahkan Allah s.w.t)


5. Bebas dari perasaan takut, cemas dan sedih.
(Emosi dapat dikawal.)


6. Hubungan sosial menjadi bertambah baik.
(Sahabat yang baik semakin ramai.)


7. Memperoleh kepercayaan daripada orang lain.


8. Meningkatkan IQ.
(kecerdasan otak)

Monday, March 28, 2011

4 Golongan Muslim

1. Orang mukmin yang membaca al-quran

Rasulullah mengumpamakan mereka sebagai sebiji limau 
yang mana baunya harum dan rasanya manis.


2. Orang mukmin yang tidak membaca al-quran.

Nabi mengumpamakan sebagai buah tamar, yang tidak 
mempunyai bau tetapi rasanya manis dan sedap.


3. Golongan munafik.

Nabi berkata seperti Raihanah (bauan) baunya harum
 tetapi rasanya pahit. Sebagai contoh membaca al-quran
 untuk memenangi pertandingan.


4. Golongan munafik yang tidak membaca al-quran.

Golongan ini seperti hamzalah atau timun pahit,
 tiada bau sementelah rasanya lagi pahit.

MUKMIN BAGAIMANA?

Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu 'anhu telah berkata : Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah s.a.w yang mana dia telah menyatakan tujuannya : Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat. Maka Baginda s.a.w telah berkata kepadanya.
Tanyalah apa yang engkau kehendaki :

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim

Baginda s.a.w menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya

Baginda s.a.w menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil

Baginda s.a.w menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik

Baginda s.a.w menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah

Baginda s.a.w menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah

Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku

Baginda s.a.w menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin(baik)

Baginda s.a.w menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsinin.

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat

Baginda s.a.w menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat

Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa

Baginda s.a.w menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa

Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya

Baginda s.a.w menjawab : Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya

Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat

Baginda s.a.w menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat

Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku

Baginda s.a.w menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan) segala dosamu

Dia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia

Baginda s.a.w menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia

Baginda s.a.w menjawab : Sentiasa menyerah diri (tawakkal) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia

Dia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah

Baginda s.a.w menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki kepadamu

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya

Baginda s.a.w menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh Mereka

Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat

Baginda s.a.w menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya

Dia berkata : Aku mahu diterima segala permohonanku

Baginda s.a.w menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya

Dia berkata : Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat

Baginda s.a.w menjawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat

Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa?

Baginda s.a.w menjawab : Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?

Baginda s.a.w menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala)

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?

Baginda s.a.w menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan

Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat ?

Baginda s.a.w menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang

Dia berkata: Apakan yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?

Baginda s.a.w menjawab : sabar di dunia dengan bala dan musibah

Telah berkata Imam Mustaghfirin: aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanafaat selain hadis ini...

sumber : Klik disini

Friday, March 25, 2011

Breaking News: Mom makes $379/day Working From Home

Posted by Anthony D. Cataldo on March 22, 2011 and filed under Finance.


SUN VALLEY, Idaho - Is working from home the next gold rush?


For Katie Jenkins it sure is. Katie, a mother from Orlando, Florida is thriving, in the middle of an economic recession working in the comfort of her own home.

"I earn on average about $25 for every link I post on Google and I make around $8,700 a month right now" says Jenkins.

But Katie’s life wasn’t always so prosperous. Her recent employer, a well-known insurance agency, did some downsizing and let her go.

Her husband James now became their only source of income, which they both knew they couldn’t live on. That is why Katie took the job at the insurance agency to begin with. They needed extra money and they needed it fast.

Katie’s family had 2 choices. She could either look for another job in her industry (but in these tough economic times, she knew that was a long shot.) Or her husband could take night classes and try to get a promotion at work. But that too would take too much time. And where would they get the money for school?

Katie says, “I was in tears one Saturday night because things were getting tough and we couldn’t even afford to take the kids out to dinner like we do every Saturday night. The kids asked why we weren’t going out and we had to try and explain to them that times were tough. I don’t think they understood. That’s when I knew I had to take matters into my own hands and find a solution for my family.”

That’s when Katie found an advert for a work-at-home program called Automated Profit Package.

Cameron Davidson was an "average joe" kinda guy with very little internet experience. He had a geeky cousin who worked at the online giant Google, who told him about this new Advertising Tool that was going to launch online and if he could build a package around that first he would make a killing!

Using his cousin's inside information he worked out an automated way to make over $25 for every ad posted on this new platform.

"I read the ad, and at first I was skeptical because they said you will get paid $375 a day and that seemed like a lot of money to me. But I suspended my disbelief and got started."

She started making money right away and she got her first week’s paycheck of $2,100.

“This was more money than I used to make in a month,” Katie adds.

Automated Profit Package is a risk free course that can teach anyone, regardless of computer skill level to start making money online.

For those who have seen the “make money online scams” Katie warns that, while they do exist, Automated Profit Package is one of the only ones she found that is backed and uses a $billion dollar publicly traded company, like Google.

Katie shared her tips for how she got started. Following the simple steps below is all you need to do to get started:


Step 1: Go to Automated Profit Package, fill out the basic form to see if they have positions available in your area.

Step 2: Follow the directions on Automated Profit Package that shows you how to and set up a Google account. Then they will give you the website links to post. Start posting those website links. The system tracks everything.

"I really hope people take advantage of this, its good to finally see someone using a large company to make money online and help people like me" says Jenkins


Associated Links:

Automated Profit Package official site

KENAPA SUAMI BERUBAH??

 Artikel yang menarik yang diemail oleh En. Hubby kepada saya untuk dikongsi dengan pembaca bersama.


Kenapa suami tiba-tiba sahaja suka melakukan perkara yang pada peringkat awal perkahwinan tidak melakukannya? Kenapa suami secara tiba-tiba terlibat semula dengan amalan yang telah ditinggalkan sebaik sahaja berkahwin? Jawapannya tentu suami sahaja yang tahu. Lazimnya isteri dalam keadaan itu tidak banyak soal sebaliknya membiarkan sahaja gelagat suami itu. Padanya kalau perkara itu adalah hobinya tidak boleh dihalang. Tetapi apabila suami sering melakukan amalan itu sehingga mengabaikan dirinya dan rumah tangga, barulah ketika itu isteri bising-bising dan marahkan suami.

 
Tanpa mencari puncanya, dia terus marah malah sering menuduh suami dengan pelbagai tuduhan liar. Kononnya suami sudah tidak sayangkannya. Malah ada yang menuduh suaminya ada orang lain. Ketika itu, suami tidak diberi peluang untuk menjelaskan sebab musababnya. Bagi menyelesaikan masalah suka dijelaskan di sini bahawa kehidupan suami isteri yang paling indah hanyalah tiga bulan pertama perkahwinan. Pada waktu itu semua yang dilakukan oleh isteri adalah baik. Begitu juga bagi isteri, apa yang dilakukan oleh suami semuanya baik dan disukai. Walaupun hakikatnya mereka kurang bersetuju dengan perbuatan dan tindakan pasangan masing-masing.

 



Selepas tempoh itu, suami tidak boleh sabar lagi. Maka dia akan marah kepada isteri jika perkara yang sama terus dilakukan. Pada masa yang sama isteri juga akan marah kepada suaminya jika sikap suami yang tidak disukainya terus dilakukan. Di sinilah bermulanya permusuhan yang kadang-kadang berlarutan. Sebenarnya, apa yang berlaku selepas itu adalah kerana kesilapan suami yang tidak pandai mentadbir dan mengurus kehidupan mereka. Suami tidak tahu berperanan seperti yang dianjurkan oleh Islam. Maka suami lambat bertindak sehingga akhirnya nasi menjadi bubur.



Ajaran Islam



Jelas di sini, pasangan yang berkahwin tidak pernah mengambil kesempatan pada saat awal, pada saat semua manis, pada saat masih ada sayang untuk membuat sesuatu bagi membina kekuatan. Sepatutnya pada malam perkahwinan mereka, kedua-dua pasangan itu boleh duduk semeja berbincang dan melakukan akujanji sekali gus menandatangani perjanjian persefahaman (MOU).

 
Antara perkara yang perlu dibincangkan ialah:

1. Apakah sikap kesukaan suami dan isteri

2. Apakah sikap yang tidak disukai suami dan isteri

3. Apakah makanan yang disukai oleh suami dan isteri

4. Apakah makanan yang tidak disukai oleh suami dan isteri

5. Apakah pakaian yang disukai oleh suami dan isteri

6. Apakah pakaian yang tidak disukai oleh suami dan isteri



Setelah mendapat jawapan, senaraikan secara jelas dan buatlah rumusannya. Selepas itu ambillah solusi pada perkara yang ada persamaan. Manakala perkara yang tiada persamaan, pilihlah salah satu yang masing-masing boleh berkompromi. Setelah itu, apa yang dipersetujui itu harus dipatuhi sampai bila-bila.

 
Selain itu sebagai pemimpin, suami hendaklah tegas mendidik isteri. Apa yang dilakukan isteri dilihat bertentangan dengan perjanjian, apatah lagi yang bertentangan dengan ajaran Islam, hendaklah ditegur segera. Sebenarnya sikap suami yang membiar perbuatan buruk isteri diulangi beberapa kali akan menyebabkan teguran suami selepas itu tidak berkesan lagi. Oleh sebab itu, teguran mesti segera supaya ada kesan pengajarannya.



Dalam keadaan ini isteri mesti patuh pada suami dalam hal yang dipersetujui bersama. Dia perlu sedar bahawa membantah kehendak suami adalah derhaka dan itulah yang boleh membawa pergaduhan rumah tangga. Pada masa yang sama kalau suami yang melanggar peraturan, isteri juga hendaklah secara sopan menegur suami. Isteri juga tidak boleh menangguh untuk menegur kesilapannya.



Jika semua itu dapat dilakukan oleh pasangan yang baru berkahwin, sudah pasti mereka akan mengenali hati budi pasangan masing-masing. Suami pasti tahu apa kesukaan isterinya dalam soal makan dan pakaian. Begitu juga isteri, dia sudah tahu apa yang disukai oleh suami. Bukan itu sahaja, isteri juga sudah tahu apakah hobi suami sebelum berkahwin, malah sesetengahnya dengan sebab hobi itu jugalah yang menyebabkan mereka dipertemukan. Mungkin mereka sudah berjanji sama ada ingin meneruskan hobi itu atau tidak.



Realiti Pada Hari Ini



Berdasarkan pengalaman lampau, kebanyakan pasangan tidak membuat sebarang perjanjian seperti yang disebut di atas. Lazimnya pasangan itu tidak ambil kisah tentang hal itu, masing-masing bawa diri dengan kesukaan dan hobi masing-masing. Toleransi, itulah pendekatan yang diambil oleh mereka. Apa yang suami suka, isteri tidak kisah, dan kalau suami tidak suka, dibiarkan sahaja. Begitu juga dengan isteri apa yang diinginkannya tidak pernah diambil tahu oleh suami.


Bayangkan apa yang akan terjadi jika keadaan ini berlarutan bulan ke bulan, tahun ke tahun. Bolehkah mereka hidup bahagia? Ya, kemungkinan kehidupan mereka akan mudah goyah dan lambat laun mereka akan bercerai. Walaupun mereka sudah mempunyai anak yang ramai, namun kemesraan sudah tidak ada. Suami hendak menegur sikap isteri apa-apa yang tidak disukainya sudah tidak boleh lagi. Isteri juga tidak mampu menyayangi suami dalam keadaan itu kerana dia sudah tidak boleh menghormati suaminya sebagai ketua rumah tangga. Di sinilah berlakunya apa yang dikatakan retak mencari belah.



Hakikat yang Diabaikan


Sebenarnya lelaki apabila berkahwin dia mahu bermanja dengan isterinya dan mengharapkan dimanjai selama-lamanya. Apa yang menjadi idamannya pada waktu itu tidak pernah pudar apatah lagi pada usia tuanya. Tetapi biasanya suami tidak mampu menyatakan rasa itu kepada isterinya sebaliknya dia mengharapkan isterinya faham rasa itu sendiri. Tetapi isteri mempunyai rasa yang lain, walaupun isteri juga mahu bermanja tetapi ada had tempohnya. Apabila sudah ada anak, tengok sebut kerja dan seumpamanya, maka rasa hendak bermanja sudah tidak ada.


Apabila keadaan ini berlaku, suami rasa kecewa, rasa keseorangan, dan rasa tidak diperlukan lagi. Demi mengisi kekosongan pada diri dan hati maka minat lama akan datang kembali. Kaki pancing akan mula mencari joran, kaki lepak akan bertemu kawan-kawannya. Itulah penghiburnya setelah isteri tidak mampu menjadi penghiburnya lagi.


 



Jadi, mana-mana pasangan yang menghadapi masalah yang sama, cuba betulkan kesilapan lampau. Isteri hendaklah memahami hati suami dan jangan biarkan jiwanya kekosongan walaupun di saat tua. Tetapi bagi mereka yang baru hendak kahwin, ambillah perhatian kepada semua maklumat di atas, semoga anda bahagia.