Wednesday, March 2, 2011

APA KELEBIHAN BERBLOG?



 Hari ni Che Munn nak kongsikan kelebihan membuat blog
 bersama teman-teman semua..
(yang baik2 saje tau...
mai kita pikir yang positif jea baru bleh berjaya!).



1. Meningkatkan tahap penguasaan bahasa. Terutama dari segi susunan ayat,
perkataan, lenggang-lenggok bahasa.. (err ader ko?),
ops! silap gaya bahasa, kosa-kata dan lain-lain lagi yang berkaitan
dengan bahasa akan menjadi lebih baik.. Insyaallah!
Yang penting sekali, apabila kita aktif berblog ni idea untuk mengarang
datang dengan mencurah-curah..
 ( maklumlah cikgu Matematik macam Che Munn ni memang
dah lame benor tak mengarangnye..dah nak berkarat nii..)


2. Menambahkan kemahiran menggunakan komputer..
Makin lame makin cepat menaip,
huruf kat keyboard tu main jeling-jeling macam tu jea kan??
Confirm! sume widget dalam blogspot tu kacang jea nak manage kan?
Walaupun sebelum ni terkial-kial macammane la nak add sume benda tu..
hahah... ( ni pengalaman gue!)




3. Bertukar-tukar informasi yang berilmiah...
Kalau blog yang tak berapa berilmiah tu,
kita cubelah perbaiki skit-skit agar blog kita sama-sama
 boleh memberi manfaat kepada semua..
Contohnya bina blog yang boleh sama-sama berkongsi tips kesihatan,
ilmu agama, pengalaman hidup,
tempat menarik untuk dilawati dan macam-macam lagi laa.
Yea tak??...

 

4. Menambah kenalan di alam maya..
Kawan dalam blog ni tak mudah merajuk sebab apa yang kita tulis,
kita dah check banyak kali...
tapi kalau kawan kat luar ni kadang-kadang
 mudah kecik ati kalau tersalah cakap atau tersalah ayat..
maner boleh edit2 lagi..  haha...



 
5. Membina keyakinan diri.. haaa... 
 kita akan rasa lebih yakin dengan diri sendiri.
Percaya tak?? kalau tak percaya cubalah bina blog sendiri,
pasti anda akan seronok dan yang penting high self-confident..
Chewwahh!!!



 



Seterusnya... errrrrr..................

eemmmmmmmmmm.............................

aaaaaaaaaa................ ishh!!.................... adui!!!................

ape lagi yea?...

-
-
-
-
-
-
-



P/S - Boleh kongsi idea tak??



 

5 comments:

en_me said...

xper, blog bukanlah hakmilik kekalls.. ehehe

nelly said...

Best berblog .
=)

zino said...

tempat melepas geram hehe

siti murni said...

buat blog macam online journal or diary...:)

~W@nZ@~ said...

dapat duit kalau daftar ngn nuffnag...:D