Malam semalam, kami sekeluarga menjamu selera di HR Steak House, Kg. Baru. Restorannya agak gelap dan pengunjung sangat ramai. Namun makanan tidaklah begitu memenuhi selera kami. Sepanjang kami menjamu selera di situ, entah beberapa kali kami diganggu oleh pengemis dan penjual. Ada sepasang pengemis gelagatnya menarik perhatian kami. Mereka masih muda remaja. Si lelaki itu saya agak berpura-pura buta kerana dia pejamkan mata dan dipimpin oleh seorang perempuan remaja. Badan masih sihat dan cukup gagah perkasa untuk bekerja. Entah mengapa memilih jalan untuk menjadi pengemis walaupun dengan cara menipu. Mungkin pengemis di Kuala Lumpur ini pendapatannya lumayan. Mana tidaknya sekali hulur paling cikai RM2. Kalau semalaman dah dapat RM100, sebulan dah RM3000 bukan? Wah! sungguh lumayan.
Kami memang agak berhati-hati dengan pengemis. Jarang sekali duit kami melayang kepada mereka. Kami lebih suka bersedekah ke masjid atau memberi kepada saudara-mara yang susah yang sudah kenal latar belakang mereka. Bukan bermaksud kami ini kedekut tetapi dibimbangi jika kita semua menjadi terlalu pemurah virus pengemis ini TIDAK MUSTAHIL akan menjadi barah atau trend di Malaysia. Setuju tak?
No comments:
Post a Comment