Tuesday, March 22, 2011

HAFALAN AL-QURAN MENCEGAH PELBAGAI PENYAKIT



Sebuah kajian membuktikan semakin banyak hafalan
 seseorang tiu terhadap al-quran, semakin baik tahap kesihatannya.
Dr Shalih Ash-Shani', Dekan Pusat Pengajian Psikologi
di Universiti Al Imam Bin Saud Al Islamiyyah, Riyadh,
telah menjalankan kajian terhadap dua kelompok responden.
Seramai 340 mahasiswa dari Universiti Raja Abdul Aziz
dan mahasiswa Al Imam As- Syatbi dijadikan sebagai responden.





Kajian ini berjaya membuktikan adanya hubungan
 positif antara peningkatan kadar hafalan al-Quran dengan
 tahap psikik seseorang. Mahasiswa yang menghafal al-quran
mempunyai tahap psikik yang tinggi.




Kesimpulannya, setiap orang yang menghafal
sebahagian dari al-quran dan mendengar bacaan al-quran
secara berterusan akan merasakan perubahan yang
besar dalam hidupnya. Hafalan al-quran memberi pengaruh
 kepada kesihatan fizikal. Selain itu menghafaz al-quran juga
 dapat meningkatkan tahap ketahanan badan serta
menghindari dari pelbagai penyakit.



Sumber : majalah Al-Islam keluaran Mac 2011

No comments: