Thursday, March 24, 2011
BERHATI-HATI PANGGILAN PALSU
Tengahari tadi suami saya menerima satu panggilan dari seorang perempuan yang kononnya dari Syarikat Kad Kredit Service. Perbualan mereka adalah begini.
"Hello, boleh saya bercakap dengan En. Nazri?" (dah siap tahu nama kita tu)
"Ya! saya bercakap" balas suami saya.
"En. Nazri, kami dari Syarikat Kad Kredit Service di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia ingin mendapatkan butiran lanjut mengenai kad kredit encik".
Suami saya mula terasa sangsi. ( Errr..ade ke Syarikat Kad Kredit Service????!!!)
Suami saya menjawab. " Boleh saya tahu awak ni dari syarikat mane?"
Orang tu mula sedikit bengang dan memberi jawapan yang terpaksa diulang..hohoohoh!
"Kami dari Syarikat Kad Kredit Service di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia".
"Owh! ni betul ke?", balas si suami.
"Sebelum kami teruskan, boleh kami tahu En. ada berapa kad kredit dan jenis ape?"
Huhh! suami saya dah memang tak percaya langsung.
"Eh! awak ni betul ke atau nak menipu ni?" balas suami saya.
"Eh! betullah bang, kami tak tipu'.
"Hmmm... kenapa awak nak tahu saya ada berapa kad kredit?"
"Buat apa?!"
Orang tu mula gelabah... (maybe tak siapkan script kalo orang tanya macam tu.)
"Kalau Encik tak nak bagitau, kami akan block kad kredit Encik"..
(akhirnya, bagi la jawapan bodoh..)
Suami saya membalas, "haa! block la kalau boleh!!"
Lepas tu orang tu terus putuskan talian.
Cehh! memang konfem menipu. Tadi tanya pakai kad kredit apa, tiba-tiba cakap nak block plak.
"Aisey! memang ngko skolah tak abis la", gerutu suami saya.
hahaha..
En. hubby macam tak percaya hampir terkena dengan panggilan palsu ni. Sebelum ni dia hanya terbaca dari surat khabar dan majalah jea. Ini dah hampir terkena atas batang hidung sendiri. Harap rakan-rakan bloggers berhati-hati dengan panggilan sebegini. Jangan mudah percaya. Jangan sekali-kali memberi no. pin kad-kad kita kepada orang luar. Harap kita semua sentiasa berwaspada dan berdoa dijauhkan dari perkara-perkara tersebut.
Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
betul2..
bahaya..jangan dedahkan apa2 maklumat pun. byk orang menipu sekarang.
I selalu sebelum ditanya atau di'explain' lebih2, terus I jawab.."err, sorry I tengah keje, takde masa nak layan call lah"..haha..kurang sopan I ni..
Post a Comment