Teruskan menghayun langkah kakimu
Merentas laluan hidup yang penuh onak dan duri
Kekadang kaki tersungkur lalu rebah menyembah bumi
Engkau mengaduh kesakitan menelan keperitan
Bangkitlah dan kuatkan semangat
Usah hiraukan sembilu menghalangimu
Redah segala ranjau dan persimpangan
Cekalkan hati menempuh segala dugaan
Semoga kau nanti akhirnya menemui
destinasi yang diimpi
Beradu di istana syurgawi
Percayalah! janji Allah itu pasti..
2 comments:
bermacam2 liku sudah ku lalui,
onak & duri peneman sepi,
bersyukur kini ke hadrat Illahi,
kerana kini baru ku sedari
ya, teruskan semangat kita untuk membina keluarga yang cemerlang dunia akhirat..amin
Post a Comment