Tuesday, March 22, 2011

AKU BENCI ROKOK




Rokok??



Rokok pernah menjadi suatu trend yang melambangkan kemachoan lelaki pada era 80an dan 90an dulu. Kesedaran tentang bahaya rokok di kalangan rakyat Malaysia pada masa itu masih ditahap rendah. Namun apabila kerajaan menjalankan pelbagai kempen berhenti merokok secara besar-besaran dan berterusan telah membuahkan hasil yang agak positif pada masa sekarang.


Kenapa saya tak suka rokok?


Memanglah orang perempuan kebanyakkannya tidak suka merokok. Saya sendiri akui  saya terlalu anti terhadap orang yang merokok ni. Pada saya merokok ini bukan sahaja mendatangkan mudarat malah menyebabkan bau badan yang amat busuk. Bau badan perokok ini boleh melekat jika dia menggunakan tandas mahupun menaiki kereta.. (percaya atau tidak?). Pernah suatu ketika ada saudara kami menumpang kereta kami untuk perjalanan yang agak jauh. Walaupun dia tidak merokok sepanjang perjalanan, namun bau badannya cukup membuatkan saya terasa pening dan sakit kepala...Uishh! memang dasyat penangan orang yang merokok ni pada saya....(Bukan maksud saya tidak suka menumpangkan sesiapa cuma amat tidak selesa bau badan perokok yang tegar ni..).  Oleh itu, saya sangat bersyukur sebab suami saya pun anti terhadap rokok. Bagi dia merokok adalah suatu pembaziran..Alhamdulillah!!


Pesanan buat mereka yang merokok dan bakal merokok??


Mudah sahaja pesanan saya terhadap pelajar saya dan mungkin boleh dikongsi dengan pembaca semua... (maklumlah jadi lecturer Maths di IKM ni hampir 90% students adalah lelaki dan paham-paham ajelah..) .Okey begini ;


sekotak rokok = RM10

... (kira puratalah...)


Kita andaikan,
 sehari = sekotak

seminggu = 7 kotak

sebulan = 24 kotak

Jadi,
sebulan = 24 kotak x RM10 = RM 240

....(betul tak?)


Setahun, anda telah belanjakan sebanyak;


RM240 x 12 bulan = RM 2880

..........(hmm... percaya tak?)


Katakanlah anda mula menghisap rokok secara tegar dari umur 18 tahun dan dijangka akan hidup sehingga 65 tahun. Mari kita tengok berapa banyak jumlah wang rokok yang telah dibelanjakan sepanjang hidup anda:


47 tahun x RM2880 =  RM135,360.00


Percaya tak wang yang anda belanjakan untuk merokok mampu membeli secara cash sebuah rumah kos sederhana ataupun sebuah kia forte yang menjadi kegilaan suami saya pada masa sekarang.. ha..ha..
Fikir-fikirkanlah dan renung-renungkan...


Pendapat saya bagi  yang merokok??

Saya yakin ramai di antara mereka yang ingin berhenti, namun mungkin belum mengetahui atau menemui cara yang berkesan. Justeru, saya menyarankan agar anda tanamkan tekad dan azam yang tinggi untuk meninggalkannya, nescaya impian akan terlaksana.  



selamat beramal!!!

5 comments:

No Lan said...

Well done dear!

No pun tak suka PEROKOK..dah la No ada migrain..jd klo bau2 asap ni makin senang la sakit tu datang...

~PERMATA ISLAM~ said...

Saya setuju! xsuka rokok juga.saya pernah bertanya kepada pelajar saya yg merokok.kenapa merokok? mereka kata merokok itu nikmat seperti dapat makan ketika lapar. Kata mereka, merokok memberikan tenaga pada mereka. Apa pun, alasan dan sebab mereka merokok, rokok tetaplah tidak baik.huhu

noraauliyya said...

membazir duit jew kn.. tp mrk ttp pekakkn telinga.

btw thanks foll0w. foll0w cni blik...=)

SiS NaD said...

SiS PuN BeNCi RoKoK... JoM JoiN KeMPeN 'KaTeRKaN TaKNaK PaDeR RoKoK'!~ (^_____^)V

Lulu Caldina said...

ceh main angka ni...