Friday, March 4, 2011

KELEBIHAN HARI JUMAAT

1. Artikel dibawah dipetik daripada khazinatul asrar


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat.
 Pada hari itulah Adam diciptakan dan pada hari itulah juga
dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku.
Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu
 daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
(Hadis riwayat Muslim).





Nabi s.a.w bersabda:
 "Apabila tiba hari Jumaat, ada pada tiap-tiap pintu masjid -
 Malaikat yang ditugaskan menulis orang yang datang
sembahyang Jumaat seorang demi seorang;
kemudian apabila imam duduk di atas mimbar,
Malaikat-malaikat itu melipat lembaran-lembaran surat
yang ditulisnya serta mereka datang mendengar khutbah."

(Abu Hurairah r.a).



sama-samalah kita tingkatkan amalan kita
 pada hari jumaat dan pada hari-hari lain juga,...

Ingat,...jangan lupa baca surah al-Kahfi pada hari jumaat
,...mudah2an kita terhindar dari fitnah dajjal laknatullah,...
ameen~

zaman yg dipenuhi fitnah,
 menukarkan yang hak kepad batil
dan yang batil kepada hak (menyamai fitnah dajjal)


Surah kahfi sebaik-baik amalan untuk mengelak fitnah tersebut,
 menurut Abu Ali hassan al-Nadwi dan sayyid qutb
 3 perkara yang mengelak kita dari fitnah tersebut>

1) Membetulkan akidah

2) membetulkan cara manusia berfikir dan melihat

3) Membetulkan sistem nilai




Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda:
"Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi,
akan terhindar daripada fitnah dajjal."
 (HR Tirmizi)


 
Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda:
 "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada
 awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal.
 Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi."
 (HR Muslim)


 

Dari Sauban r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda:
"Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi,
maka sesungguhnya pembacaannya itu
menghindarkannya daripada fitnah dajjal.
(HR Nasai)

 

Dari Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa
 Rasulullah s.a.w bersabda:
"Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi
(dengan huruf dan pembacaan yang betul)
 sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi
 cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya
sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat
 yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar,
dajjal tidak dapat menguasainya."
(HR Mustadrak Hakim)




No comments: